Diari Akhfash
22 Julai - Semalam 'walid' sekali lagi mengajak saya dan 'ummi' keluar bersama. Kami keluar pada jam 9 pagi. 'Walid' kata kami nak ke Hospital Mabrah Assofirah, tempat saya lahir 2 bulan lalu. Kami pergi ziarah ammu Rondi dan achik Khadijah. Kami ingat achik Khadijah dah selamat melahirkan kawan baru saya tapi rupanya belum lagi. Kesian achik Khadijah, dah lebih 3 hari kesakitan hendak melahirkan. Begitu jugalah yang 'ummi' rasakan dulu, tapi taklah sampai 3 hari. "Moga Allah memudahkan achik Khadijah bersalin...". Sebenarnya saya tak tahu pun apa yang berlaku di hospital sebab sepanjang saya di luar, saya lena dalam dakapan 'walid' tambahan pula didodoi oleh kesejukan air-cond di hospital.
Hari ni kami sekali lagi ke hospital lepas dapat berita kelahiran kawan baru saya. Tak sabar rasanya nak jumpa dia. Saya paksakan diri bangun awal pagi. Kami keluar seawal jam 6 pagi. 'Ummi' pakaikan saya sepasang pakaian putih beserta topi. 'Ummi' kata saya kena pakai cantik-cantik sebab nak jumpa kawan baru. Sebaik tiba di hospital, ammu Rondi sedang tidur di kerusi di luar bilik, kepenatan menunggu kelahiran anak sulong. Mungkin 'walid' dulu pun macam tu, keletihan menyambut kelahiran saya. "Semoga Allah membalas jasa 'ummi' dan 'walid'..."
Ammu Rondi dan achik Khadijah telah selamat dikurniakan putera sulong lebih kurang jam 11 malam semalam (21 Julai 2006), 'walid' kata tarikh ini sama dengan tarikh ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Berat kawan saya 3 kg kalah sikit dengan saya, berat saya dulu 3.3 kg. Saya difahamkan yang kelahiran ini melalui pembedahan. Kesian achik Khadijah kena bedah. Walau apapun, mabruk pada ammu Rondi dan achik Khadijah kerana telah selamat menyambut kelahiran putera sulong. Jangan lupa cepat-cepat beri nama, namakan yang bagus-bagus macam 'walid' namakan saya. Jagalah kawan saya baik-baik, biar dia cepat membesar. Lepas tu nanti bolehlah saya ajak dia main sama-sama.

2 comments:
Here are some links that I believe will be interested
Very pretty site! Keep working. thnx!
»
Post a Comment