Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) - Markaznya menjadi tempat dalam kebanyakan NOSTALGIA UMI

bukan HAMPER yang menjadi rebutan, tapi ANGKAnya yang direbutkan :)

Cenderahati dari SEMUA untuk SEMUA

Us. Faizal IN-TEAM tersenyum ;)

Persembahan mantap daripada Kumpulan MANTOBB. Gandingan vokal Us. Rezman, Us. Helmi & Us. Faizal IN-TEAM memukau hati hadirin - Juara SHKU 10

Us. Pecol sedang melakonkan watak ASRI

Us. ZulRaihan daripada Kumpulan Baba Ali

barisan artis daripada Kumpulan BEDAL La

Pengarah SHKU 10 - Us. Firdaus Akop

Idola Kecil - Fawwaz IN-TEAM

Menerima hadiah Akhfash - Naib JoHan 2 acara (anak soleh-solehah & nyam²)

Naib Johan 2 acara (Aksi Si Comel & Bayi Sihat) - AFAF RAIHANAH

JOHAN keseluruhan SHKU 10 - Kumpulan MANTOBB

Juri SHKU 10 - Us. Hamdi (masih bujang)

menyampaikan cenderahati (tukar² hadiah) kepada Pengarah SPR UMI 2009- Us. Fairus Tamjis

Cenderahati Terbesar milik Baba Asmuie - Us. Khairul Alimi

tak dapat ambil gambar di Markaz, di rumah pun jadilah.... :)

Afaf Raihanah gembira bersama 2 hadiah yang dimenanginya

Cenderahati Terbaik yang pernah kami terima dalam SHKU. Terima kasih kepada yang memberi :)

BANNER SHKU 10 - merupakan banner pertama acara padang semenjak SHKU diadakan

Najlaa' membawa baldi sambil diperhatikan oleh Abang Akhfash :)

Akhfash tak mahu ketinggalan utk melibatkan diri dlm SHKU 10

adik Afaf sedang bermain bersama Abang Long, Ahmad Akhfash

aksi Si Comel, Afaf & Husna

Us. Kerul memulakan pukulan dgn penuh bergaya ;)

bola terbang tinggi ke angkasa

Atlit paling menyerlah & terkepoh di SHKU 10, Us. Hamdi

Us. Hanifah sedang menimbang bola takraw. Kumpulan Bedal la berjaya membuat timbangan terbanyak

Alimi, Rezman & Helmi sedang berusaha utk mengisi air dlm botol

Acara yang dinanti-nanti, CARI DUIT DLM TEPUNG. Peserta sedang berlari ke arah tepung

teka sape nih ???

Hampa²... Us Pecol kalah dlm acara kegemarannya, CARI DUIT DLM TEPUNG

Peserta CARI DUIT DLM TEPUNG bergambar kenang-kenangan. Siapa paling putih ???

Nape x pecah² nih ???

Us Nawi sedang berusaha meniup belon sampai pecah...

Penutup acara padang SHKU 10 - Us Zamzaini Dahlan, Pemangku Ketua UMI sedang berucap

Gambar kenangan Abu Akhfash seisi keluarga di Montaza, Iskandariah Mesir.



- gambar ditangkap oleh kamera SonY CyberShot... :)

Wednesday, March 11, 2009

MINDA - Forum 'Keluarga Bahagia'

Cenderahati MINDA '09

9 Mac baru-baru ini saya dijemput sebagai ahli panel bagi Forum Bait Muslim pada program Minda (Minggu Interaksi Damanhur). Forum ini bertajuk 'Keluarga Bahagia'. Saya diminta untuk menggantikan Ustaz Syed Abdul Kadir (ketua bait muslim PMRAM). Ini merupakan kali pertama saya dipanggil menjadi pengisi di DPM Damanhur. Pengalaman pertama ini ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat.

Digandingkan bersama Ustaz Haji Ahmad Hanif bin Haji Naim, Pegawai Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir membuat diri ini terasa kerdil. Beliau merupakan mantan Pegawai Tadbir Agama beberapa daerah di sekitar negeri Johor atau dalam bahasa mudahnya Kadi Daerah. Mahupun begitu beliau sangat ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Digandingkan bersama seseorang seperti beliau yang memiliki lebih ilmu dan pengalaman merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Ustaz Haji Ahmad Hanif sedang menyampaikan forum dengan penuh bersemangat

Forum ini berlangsung selama hampir dua jam. Ustaz Haji Ahmad Hanif merupakan ahli panel pertama mewakili pihak Kedutaan dan saya adalah ahli panel kedua mewakili Bait Muslim PMRAM. Walaupun sebagai ahli panel, saya amat tertarik dengan apa yang disampaikan oleh ahli panel pertama sekaligus banyak ilmu dapat saya perolehi darinya khusus dalam ilmu rumah tangga.

'Keluarga Bahagia', inilah tajuk Forum. Jika dilihat tajuk ini pada pandangan saya, kesemua soalan yang diajukan kepada kami berdua tiada kaitan dengan tajuk yang dipaparkan. Kami hanya diminta untuk menjelaskan serta menerangkan berkaitan prosuder dan peraturan dalam urusan perkahwinan di peringkat Kedutaan dan Lajnah Bait Muslim PMRAM. Saya berharap agar selepas ini pihak penganjur dapat menyediakan soalan yang bersesuai dengan tajuk FORUM. Pihak penganjur amat beruntung kerana ahli panel pertama adalah Ustaz Hanif. Walaupun soalan hanya berkisar mengenai cara-cara, prosuder dan peranan tapi jawapan serta ulasan beliau membuatkan hadirin berpuas hati. Pengalaman yang dimilikinya tambahan pernah bertugas sebagai pegawai khidmat nasihat dan pendakwah syar'ie telah beliau kongsikan bersama hadirin forum.

Sedikit yang saya ingin kongsikan bersama pembaca di sini dar apa yang telah beliau sampaikan. Isi ini banyak saya dapat ketika bersembang bersama beliau sebelum forum bermula. Kami dijadualkan forum akan bermula jam 6.30 petang tetapi ia bermula tepat jam 8.10 malam. Waktu yang terluang itu beliau manfaatkan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami yang berada di bilik tamu. Perkahwinan merupakan perkongsian. Itu tips yang beliau berikan pada kami. Apabila seseorang itu berkahwin, ini bermakna kedua pasangan suami dan isteri telah bersedia untuk berkongsi segala-galanya bersama. Bukan sekadar berkongsi katil dan lihaf (selimut), malah berkongsi hidup, masalah dan tanggung jawab. Inilah yang diajar dan diamalkan oleh baginda Nabi S.A.W bersama Saidatina Khadijah r.a dan Ummahatul Mukminin.

Kebanyakan pasangan pada hari ini tidak mengamalkan konsep perkongsian ini. Isteri-isteri dewasa ini hanya menyerahkan seluruh tanggungjawab mencari nafkah kepada suami. Begitu juga suami, membiarkan isteri keseorangan menguruskan hal ehwal rumah. Tidak hairanlah jikalau isteri itu tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Isteri yang bekerja perlu membantu suami dalam menyara keluarga, lebih-lebih lagi jika suami bergaji kecil atau sederhana. Ramai berkata Islam hanya memerintahkan suami mencari nafkah tanpa perlu bantuan daripada isteri. Pernahkah kita terfikir ke mana harta-harta Saidatina Khadijah dibelanjakan selepas bergelar isteri Rasulullah. Seorang saudagar terkenal, mempunyai perniagaan dan harta yang banyak. Seluruh hartanya diinfakkan untuk perjuangan suami tercinta Muhammad S.A.W. Inilah yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah r.a, menyara dan membantu suami dengan sepenuh jiwa dan raga juga harta demi perjuangan Islam.

Menerima cenderahati MINDA yang disampaikan oleh Presiden PMRAM dan diringi Pengerusi DPM Damanhur,
Ustaz Akmal (kanan sekali)


Suami pula perlu membantu isteri dalam hal ehwal rumah. Mengurus rumah, menjaga serta mendidik anak-anak dan urusan-urusan yang lain. Jangan hanya membiarkan isteri keseorangan. Amalkan akhlak yang telah diajarkan nabi S.A.W kepada kita. Telah disifatkan oleh Saidatina Aisyah r.a bahawa nabi S.A.W melakukan sendiri kerja-kerja rumah. Menjahit selipar, membersih pakaian dan sebagainya.

Sikap saling bantu-membantu sesama suami isteri perlu diamalkan demi menjana keluarga bahagia. Jika konsep perkongsian ini difahami dan diamalkan pastinya segala masalah dan kepincangan dalam rumah tangga dapat dielakkan. Hayati, amal dan terapkan pengajaran Islam dalam kehidupan berkeluarga. Insya-Allah akan terbentuklah KELUARGA BAHAGIA.

Wallahu a'lam...

p/s : Jazakallah & syukran kepada Ustaz Wan Shamsuddin kerana sudi jadi musyrif ke Damanhur.

Sunday, March 08, 2009

"Pupuk Rohani Sihat Jasmani"

Piala Pusingan yang menjadi rebutan

Ayat ini menjadi tema bagi Kejohanan Futsal Piala Exco UMI kali ke-2 semalam. Walau baru kali kedua kejohanan ini diadakan tapi kemeriahan dan sambutannya cukup hebat. Sebanyak 8 pasukan menyertainya, 4 daripada UMI, 2 daripada Damanhur, 1 UBI (Unit Bujang Iskandariah) dan 1 daripada negara jiran (Thailand).

Dengan bertemakan "Pupuk Rohani Sihat Jasmani" kejohanan ini diadakan. Pemilihan tema dalam sesuatu program bukanlah perkara yang mudah. Apabila sesuatu tema itu dipilih seluruh ahli jawatan kuasa pelaksana program perlu bertungkus lumus dalam memastikan tema itu dapat dicapai dan dihayati oleh seluruh peserta. Oleh itu, tema tidak boleh dianggap remeh dan diabaikan.

"Pupuk Rohani Sihat Jasmani", adakah ia dapat dicapai ??? Selesai sudah kejohanan, pastinya ia sudah dicapai. Mungkin kebanyakan kita hanya memikirkan siapakah Juara, siapa pemain terbaik dan siapa pula penjaring terbanyak tanpa memikirkan adakah tema ini telah dihayati oleh diri kita.

Dalam menghayati tema ini, pemahamannya perlu diambil kira. Tidak mungkin sesuatu tema boleh dicapai tanpa kefahaman dari seluruh yang terlibat. Walau ayatnya nampak mudah, tapi hakikat ia sukar dicapai. Bagaimana kita ingin memupuk rohani sehingga menatijahkan jasmani yang sihat ? Seorang ulama ada menyebut : الأرواح جنود مجنّدة , roh-roh itu adalah tentera yang boleh dibentuk atau dipupuk. Maka roh ini perlu dipupuk dan dibentuk agar ia menjadi yang terbaik. Kebanyakan orang hanya memikirkan kesihatan jasmani tanpa memikirkan rohani mereka. Rohani tidak boleh diabaikan kerana kesihatannya akan menatijahkan seluruh anggota berfungsi dengan baik. Rohani ini perlu diberi makanan yang berkhasiat agar ia akan terus sihat. Semestinya makanan berkhasiat yang terbaik untuk rohani adalah ilmu Islam. Ibnu Mas'ud radiallahu anhuma pernah berkata : "Apa akan jadi sekiranya orang demam tidak diberi makan dan ubat selama tiga hari ? Pastinya dia akan mati. Begitu jugalah hati, jika ia tidak diberi ilmu selama 3 hari maka ia akan mati." Oleh yang demikian, ulama' telah menggariskan bahawa seorang itu memberi hatinya ilmu agama sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Sama ada dengan menghadiri kelas pengajian atau kuliah, ataupun melalui pembaca yang sohih. Ini demi memastikan hatinya terus hidup dan sihat.

Dalam konteks sukan atau riadah bersesuaian dengan tema di atas, pasti ia sedikit berbeza. Bagaimana kita ingin memupuk rohani dalam sukan ? Semestinya sukan itu perlu berpandukan apa yang telah digariskan oleh Islam. Etikanya perlu dijaga bagi memastikan rohani dapat dipupuk. Islam amat menggalakkan bersukan demi memastikan ummatnya sihat dan kuat. Apabila sukan itu dijadikan sebagai acara besar atau pertandingan, maka perkara penting yang perlu dicapai selain dari tubuh badan yang sihat adalah ukhuwah sesama peserta yang terlibat. Dengan terjalinnya ukhuwah yang erat di kalangan peserta barulah rohani ini dapat dipupuk. Tiada hasad dengki, maki hamun, cemburu dan sebagainya. Kalah menang bukan menjadi persoalan, hadaf utama hanyalah ukhuwah. Itulah yang Islam tekankan.

JAYA FC, johan kejohanan

Moga dengan berakhirnya Kejohanan Futsal Piala Exco UMI kali ke-2 semalam, tema ini dapat dicapai. AJK pelaksana telah melakukan yang terbaik, selebihnya diserahkan kepada peserta. Sama ada tema ini dapat dicapai atau tidak hanya Allah yang tahu. Masing-masing dapat menilai pada diri sendiri. Sekiranya ia dicapai, hanya kita dapat merasakannya. Tahniah buat mereka yang telah dapat menghayati dan mencapai tema "Pupuk Rohani Sihat Jasmani" pada kejohanan semalam. Tahniah juga kepada Johan Kejohanan, JAYA FC dan seluruh AJK pelaksana serta seluruh peserta. Moga kejohanan ini dapat diteruskan di masa akan datang. Alfu mabruk buat semua.

Wallahu a'lam...

Peta ke rumah Ustaz Musa Musni


Tarikh : 6 Mac 2009 / 9 Rabiul Awal 1430 H

Hari / Masa : Jumaat / 8.30 malam

Tempat : Kediaman Ustaz Musa bin Musni

Manhaj :
1- Bacaan & Perbincangan Surah Al-Mulk - semua ahli
2- Sirah An-Nabawiyah (durus wa 'ibar)
- Us. Musa Musni
3- Riyadhus Solihin : Bab Kebenaran
- Us. Mohd. Helmi Noordin
4- Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1430 H
5- Isu Semasa - semua ahli
6- Hal² lain
- semua ahli

Semua ahli Muzakarah Berkelompok UMI kumpulan 1 dijemput hadir bersama keluarga

Kehadiran anda amatlah diharapkan

Wednesday, March 04, 2009

DPMI.... DPM Jumud ???


Ungkapan ini sering dan acapkali dilafazkan oleh sesetengah pihak, maklumlah hanya DPMI sahaja yang kesemua barisan pimpinannya adalah muslimat. Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) merupakan satu-satunya dewan perwakilan pelajar melayu di Mesir yang kesemuanya ahlinya adalah wanita.

Ungkapan ini pernah juga terlintas dalam fikiran saya ketika baru menetap di bumi Iskandariah. Empat tahun telah mematangkan saya mengenai selok belok kehidupan dan peraturan serta percaturan dewan perwakilan yang majoriti penduduk melayu di sini adalah akhawat. Tambahan pernah menjawat jawatan dalam sebuah unit kecil di sini.

DPMI, DPM jumud??? Saya terlihat ayat ini di status YM seorang sahabat. Kemudian saya bertanya kepadanya : "Kenapa kata DPMI jumud ?" Dia menjawab : "takde ape2 lah?" Saya berkata lagi :"Masa-kan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup" Dia terus berjenaka : "Ada, kalo ade beruk bergayut". Kami terus menghentikan perbualan. Selang beberapa hari seorang sahabatku berkunjung ke rumah, kami berborak sehingga dia menceritakan sebab dan kenapa kawan kami paparkan di status YM nya "DPMI, DPM jumud ?". Sebab pertama, DPMI tiada web atau blog rasmi. Sebab kedua, DPMI melarang ahli daripada membuat pemasangan internet di rumah mereka. Rupanya inilah sebabnya sahabat mengatakan yang DPMI adalah DPM jumud. Saya pasti bukan hanya dia yang mengatakan begitu, bahkan ramai lagi yang bertanggapan sedemikian.

Terlintas dalam fikiran saya untuk menjawab serta mengulas tanggapan negatif ini lebih-lebih lagi setelah membaca satu entri di blog anak SC saya
Auratku haram untuk melayu, halal untuk arab - Ustazah Melayu. Saya tidak akan mengulas sebab pertama yang menyebabkan tanggapan negatif ini. Bagi saya ini memang kelemahan dari pihak DPMI sendiri kerana sehingga kini masih tidak mampu menwujudkan web atau blog rasmi terutama di zaman saiber dan 'dunia di hujung jari'. Sebab kedua daripada qarar yang termaktub di dalam DPMI : Ahli tidak digalakkan memasang internet di rumah, begitulah lebih kurang ayatnya. Qarar ini telah diperbincangkan secara serius dan panjang lebar, malah saya sendiri pernah terlibat dalam perbincangan ini.

Hasil perbincangan, DPMI terus mengekalkan qarar ini walaupun ada kontra dari kalangan ahli. Setelah dilihat dari seluruh aspek dan beberapa kesan negatif daripada internet ini, barulah qarar ini dikekalkan. Adakah hanya dengan sebab ini DPMI dikata dan dianggap sebagai sebuah DPM jumud ??? Kami memandang dari seluruh aspek, memikir dan membincangkan kesan buruk yang melebihi kesan baik terhadap ahli. Maka barulah ia dikekalkan. DPMI tidak pernah melarang ahli dari melayari internet, mereka boleh melayarinya di CC yang 'tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan' di sini. Hanya cuma tidak menggalakkan pemasangannya di kediaman sendiri. Kita perlu ingat DPMI merupakan satu-satunya DPM yang semua ahlinya adalah akhawat maka sudah tentulah qararnya sedikit berbeza dari DPM lain. Seingat saya, DPM Shoubra juga melarang ahli dari memasang internet di rumah.

Sedikit mengulas isi kandungan blog anak SC saya. Saya bersetuju hampir keseluruhan isinya, hanya istilah ini yang kurang saya senangi 'PERATURAN KUNO'. Tidakkah kita tahu bahawa setiap peraturan itu tidak akan termaktub dan diguna pakai kecuali selepas perbincangan yang panjang??? Lupakah kita dengan firman Allah S.W.T :

وأمرهم شورى بينهم
"Perintahkan mereka untuk bermesyuarat (syura) sesama mereka"

وشاورهم في الأمر
"Dan bermesyuarat (syura) lah bersama mereka dalam urusan itu"


Maka setiap keputusan atau peraturan yang telah diputuskan selepas mesyuarat adalah berpandukan ayat di atas. Pastinya keputusan ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T, maka tidak selayaknya lah sesuatu peraturan yang telah diputuskan oleh permesyuaratan ini dikatakan sebagai 'PERATURAN KUNO'. Malah untuk pengetahuan semua, peraturan ini bukan hanya diputuskan oleh DPMI malah ia diperbincangkan bersama Badan Pengurus PMRAM sebelum peraturan ini diguna pakai. Mungkin dengan sebab ahli DPM ini yang salah mentafsir dan menterjemahnya sehingga menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan yang salah pada peraturan ini. Jika dilihat dari pandangan mata kasar memanglah peraturan ini kelihatan seperti kuno atau mengongkong. Tapi hakikatnya banyak kemaslahatan yang dapat dijaga.

Jangan kerana keahlian DPMI hanya untuk mahasiswi dan kepimpinan hanyalah di kalangan muslimat, gelaran JUMUD diberikan kepada mereka. Kelemahan itu pasti wujud. Jangan menjadi orang yang hanya pandai mengkritik dan mengutuk, tapi jadilah orang yang menyumbangkan idea dan tenaga untuk membina kesatuan pelajar ini.

Wallahu a'lam...

akhawat : perempuan
qarar : peraturan