Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Tuesday, August 10, 2010

Ole² Ramadan


Ramadan sebagai موسم الخير (musim kebaikan) memang sedia dimaklumi. Bulan ini merupakan bulan untuk bersaing dalam mengerjakan kebaikan dan kebajikan. Ramadan dikatakan oleh baginda SAW sebagai tetamu yang mulia. Sebagai seorang yang berakal dan waras, pasti kita telah bersiap sedia untuk menerima kedatangan tetamu ini sejak dari awal. Tiada tetamu yang lebih mulia hadir dalam hidup kita selain Ramadan. Sambutlah dan layaninya sebaik mungkin. Gunakan kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan soleh dan buangkanlah segala sifat mazmumah dalam diri. Kautlah keuntungan pahala dalam bulan ini dan berusaha memperoleh keampunan Allah SWT. Moga kita tergolong dalam golongan yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

مَنْ قـَـامَ رمَضانَ إيْمَانـًا واحْتِسـَابـًا غـُفـِرَ لـَـهُ مَا تـَقـَدَّمَ مِنْ ذَنـْبـِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharap (pahala dari Allah), nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Hadis muttafaq ‘alaih)


*** Dapatkan buku ini secara PERCUMA pada awal Ramadan di Unit Penerbitan dan Perhubungan Awam Majlis Agama Islam Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.