Jam di tangan menunjukkan angka tujuh. Saya sudah terlambat untuk keluar rumah. Sudah lama saya merancang untuk ke 'Kawafir Mandub'. Biasanya saya hanya pergi bersendirian, tapi hari ini saya bersama isteri dan anak-anak. Kebetulan Akhfash juga ingin ke 'Kawafir' kerana sudah rimas dengan rambutnya.
Kami agak lama di 'Kawafir Mandub'. Setelah saya dan Akhfash selesai urusan di 'Kawafir' ini, pemilik 'Kawafir' sudi untuk mengimami solat maghrib untuk kami solat jamaah bersama. Inilah 'Kawafir' terbaik pernah saya jumpa. Urusan tanpa bayaran, hidangan disediakan, tandas percuma, dan solat berjamaah. Seusai solat, saya menelefon Baba Hamdi untuk ke rumahnya. Sejak beberapa hari kami merancang untuk menziarahi Puteri Sulong beliau "Nurin Hani'ah" (maaf kalo tersalah nama).
Kami masuk ke rumah Baba Hamdi Al-Hafiz dengan 'langkah kanan'. Kali ini saya berjumpa dengan seorang lagi pemilik 'Kawafir', AlMansuqie Barber. Majlis cukur rambut sedang berlangsung yang diketuai oleh Ustaz AlMansuqie. Majlis ini agak meriah, dihadiri oleh Photographer Helmi, Abi Hanin, YDP dan beberapa Exco BKMIP. Majlis berlangsung serentak perlawanan bola sepak antara Mesir dan Amerika.
Cukur rambut bayi yang baru lahir amatlah digalakkan oleh Islam. Amalan ini mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Disunatkan mencukur rambut bayi sama ada lelaki atau perempuan pada hari ketujuh kelahiran. Ia dilakukan selepas disembelihkan aqiqah dan menyedekahkan emas atau perak mengikut berat rambut. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W :
1.
"Daripada Samrah bin Jundub r.a telah berkata : Berkata Rasulullah S.A.W : ((Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh, diberikan nama, dan dicukur kepalanya))."
"Daripada Samrah bin Jundub r.a telah berkata : Berkata Rasulullah S.A.W : ((Semua bayi tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh, diberikan nama, dan dicukur kepalanya))."- riwayat At-Tirmizi dan selainnya.
2.
"Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata : Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan untuk Hussin seekor kambing dan baginda bersabda : ((Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan sedekahkan mengikut berat rambutnya))." - riwayat Al-Hakim.
Selesai Ustaz AlMansuqie 'Barber' mencukur rambut Hani'ah, kami dihidangkan Nasi Tomato enak masakan Baba Hamdi dan dayang-dayangnya. Kami menikmatinya sambil menyaksikan kekalahan teruk Mesir (3-0). Seusai makan, rombongan YDP BKMIP dan Exco bertolak pulang ke Kaherah. Saya, Isteri dan anak-anak agak lama di sana. Tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk bersembang bersama Baba Hamdi yang terkenal dengan keramahan dan keceriaannya.
Kebetulan yang masih di sana adalah sahabat-sahabat se'usrah'. "Bila nak mula usrah?", mereka bertanya. "Entahla, tunggu Unit Tarbiah lancar", jawab saya. Sebenarlah 'usrah' UMI telah dirombak dan disusun semula tapi ramai yang belum tahu. Ukhuwah yang terjalin antara kami 'usrah' kumpulan 1 amat erat. Setiap kali berjumpa pasti ada saja mereka memanggil saya 'naqib'.
Beberapa minit selepas kami bersembang, Baba Amni muncul. Nak ambil duit peruntukan Futsal UMI katanya. Inilah pertemuan yang Allah tetapkan. Tanpa merancang dan temu janji, kami dipertemukan. Saya, Baba Hamdi, Ustaz AlMansuqie, Photographer Helmi, Abi Hanan, dan Baba Amni. Separuh ahli 'usrah' kami ditemukan oleh Allah setelah sekian lama berpisah. Hati yang sakit dan rindu kini terubat hanya dengan pertemuan ini.
Benarlah kata Saidina Abdullah bin Mas'ud - radiallahu anhuma - mafhumnya: "Sesungguhnya hati kita ini sakit. Bagaimana jika seorang demam (sakit) tidak makan selama tiga hari berturut-turut, pasti akan mati. Begitu jugalah hati. Jika tidak diisi ilmu selama tiga hari, ia akan mati".
Ukhuwah Islamiah terhasil daripada gabungan ilmu antara individu-individu yang ikhlas. Cukuplah jika pengisian 'usrah' hanya sekadar untuk memupuk ukhuwah sesama ahli. Moga kita semua terus istiqamah di dalam program-program tarbiah seperti 'USRAH'.
Wallahu A'lam...

Rujukan :
- Fathul Al-Hadi Al-Raqib Fi Adillah Fath Al-Qorib Al-Mujib oleh Syeikh Muhammad bin Qosim As-Syafie
- Al-Feqh Al-Manhaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie.
Ucapan Terima Kasih kepada:
1. Ustaz Zulfauzi
2. Ustaz Hamdi
Baca juga --> Adab Menyambut Kelahiran Dalam Islam