Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Thursday, August 31, 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ini merupakan hari ulangtahun ke-49 kemerdekaan Malaysia. Sudah hampir setengah abad Malaysia merdeka.

Sebagai sebuah negara yang telah lama merdeka, semestinya ia akan semakin maju dan membangun setelah bebas dari belenggu penjajah. Dan semestinya negara ini telah dapat menjalankan kegiatan mereka baik dari segi undang-undang, ekonomi, hubungan luar dan selainnya tanpa perlu mengikut telunjuk dari mana-mana pihak. Dan semestinya juga pemikiran dan tindakan rakyat telah bebas dari arahan dan kongkongan penjajah. Namun....adakah semua ini benar-benar dapat dikecapi oleh Malaysia dan rakyatnya???

Memang benar Malaysia telah diberikan kemerdekaan 49 tahun yang lalu, iaitu pada tanggal 31 Ogos 1957. Semenjak tarikh ini tanah Malaysia telah bebas dari dijajah. Dan selama 49 tahun ini juga, negara ini bebas mengibarkan 'Jalur Gemilang'.

Malahan kita semua akui, sejak mengecapi kemerdekaan Malaysia telah banyak berubah. Negara ini sudah semakin membangun, malah negara ini sudah semakin maju baik dari segi pembangunan, infrastruktur dan ekonomi jika hendak dibandingkan keadaannya 49 tahun lalu. Kita akui semua ini.

Akan tetapi kita juga tidak dapat nafikan bahawa walaupun telah hampir setengah abad Malaysia merdeka namun pemikiran dan tindakan rakyat negara ini masih lagi dibelenggu dan dikongkong oleh penjajah. Dan hakikatnya, diri mereka semakin dijajah.

'Generasi Merdeka' hari ini jauh berbeza dari 'Generasi Merdeka' 30 dan 40 tahun yang lalu. Kononnya 'generasi merdeka' kini sudah moden, maju, 'up to date' hinggakan mereka terlupa malah melupakan ajaran agama dan budaya mereka.'Generasi' ini banyak mencontohi amalan dan budaya barat bak kata anak-anak muda sekarang "ala-ala western", walhal nenek moyang mereka dahulu berjuang bermatian-matian untuk bebas dari barat.

Tepat jam 12 tengah malam tadi, kita dapat melihat bagaimana 'generasi merdeka' hari ini sudah terlampau jauh dari hakikat sebenar diri mereka. Hakikat bahawa diri mereka beragama Islam, hakikat yang mereka adalah masyarakat timur yang penuh kesopanan, dan sesungguhnya mereka telah lupa dan amat jauh dari segala hakikat. Mereka melaungkan...."MERDEKA" dalam keadaan percampuran atau ikhtilat lelaki dan perempuan, "MERDEKA" dalam keadaan mereka berpakaian seksi, dan "MERDEKA" dalam keadaan mabuk dan melakukan maksiat.

Persoalannya kini, adakah Malaysia telah benar-benar MERDEKA??? Apa sebenarnya erti KEMERDEKAAN yang dicari??? Dan 'Generasi Merdeka' inikah yang diharapkan bagi meneruskan kemerdekaan Malaysia???


Sunday, August 27, 2006

Aksiku setelah 3 bulan...





Hari ini genaplah usiaku 3 bulan.. Rasa diri ini sudah semakin membesar, sudah banyak yang saya ketahui.Terima kasih kepada Ummi dan Walid atas belaian, bimbingan dan didikan yang diberi. Jasa kalian tak akan saya lupakan.

Kata Walid, sepanjang bulan Ogos ni ada beberapa hari yang bermakna buat diri walid. Pada 1 Ogos adalah hari ulangtahun Mak Long. 4 Ogos pula hari ulangtahun nenek tersayang. Diri ini teringin sangat nak berjumpa nenek dan datuk, moga Allah mengabulkan hajat saya ini.

Manakala pada 14 Ogos, ia merupakan hari ulangtahun Pak Uda. Pak Uda merupakan adik Walid dan beza umur mereka hanya setahun. Dan bagi diri walid, hari yang paling bermakna sepanjang bulan Ogos ini bahkan sepanjang tahun adalah pada tanggal 30 Ogos. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan datuk dan nenek.

Tahun ini merupakan ulangtahun ke-25 perkahwinan datuk dan nenek. Mungkin ulangtahun perkahwinan mereka pada tahun ini lebih bererti, kerana saya telah lahir :)..dan mereka telah menjadi datuk dan nenek buat cucu comel 'Ahmad Akhfash'. Saya ingin ucapkan "Selamat UlangTahun perkahwinan ke-25 buat datuk dan nenek,moga kalian kekal bahagia hingga ke syurga dan moga kalian dikurniakan zuriat yang banyak." :)

Dan satu lagi tarikh yang cukup bermakna pada bulan ini buat diri walid, bahkan buat diri saya dan seluruh rakyat Malaysia adalah pada hujung bulan ini iaitu tanggal 31 Ogos kerna ia merupakakan 'Hari Kemerdekaan Tanahairku Malaysia'.. Tahun ini merupakan hari kemerdekaan ke-49 tahun. Saya berharap Malaysia akan terus 'Merdeka' bukan saja dari jajahan tanahair bahkan dari jajahan pemikiran, lingkah laku dan tindakan. Dan moga satu hari nanti kaki saya akan dapat menjejaki tanahair Malaysia..Amiin.

عمال الإنقاذ واجهوا صعوبة في انتشال القتلى والجرحى من بين حطام العربات (رويترز)

أعلنت وزارة الصحة المصرية مقتل 58 شخصا وجرح 143 آخرين في حادث تصادم القطارين صباح اليوم شمال القاهرة. وقع الحادث بمدينة قليوب (20كيلومترا شمال القاهرة) عندما اصطدم قطاران يسيران على نفس خط السكك الحديد أحدهما قادم من المنصورة (130 كلم شمال القاهرة) وآخر من بنها (50 كلم شمال القاهرة).

وقال مصدر أمني إن الحادث نجم عن خطأ ارتكبه موظف الإشارة في قليوب لأنه لم يعط الإشارة للقطار القادم من المنصورة للتوقف في الوقت المناسب ليصطدم بقطار بنها من الخلف. واشتعلت النار في مقدمة قطار المنصورة، وانقلبت عربتان ودمرت عربة ثالثة تماما.

ونجحت الرافعات في رفع عربة واحدة فقط من القطارين في محاولة لإعادة حركة السير بين القاهرة والإسكندرية.

سكان المنطقة شاركوا في جهود الإنقاذ (الجزيرة)
عمليات الإنقاذ
رجال الإسعاف واجهوا صعوبة في استخراج جثث القتلى التي تحول بعضها إلى أشلاء بين حطام العربات، وعلى مدى ساعات النهار نقل القتلى والجرحى إلى سيارات الإسعاف عبر ثغرة تم فتحها في الجدار المحيط بمحطة قليوب.

كما هرع سكان المنازل القريبة من المحطة للمساعدة في انتشال القتلى والجرحى من تحت العربات. وأقامت الشرطة سياجا أمنيا حول المنطقة، بينما سادت حالة من الغضب حيث اتهم البعض رجال الإسعاف بالتأخر في الوصول لموقع الكارثة.

وأفادت مصادر طبية بأن الحالة الصحية لأكثر من نصف المصابين تتراوح بين البسيطة والمتوسطة، وبدأت المستشفيات تسمح لمن استقرت حالتهم بالخروج. ومعظم ركاب القطارين كانوا من العمال والموظفين ورجال الشرطة المتوجهين إلى عملهم في القاهرة.

وقد أفادت وكالة أنباء الشرق الأوسط المصرية بأن الرئيس حسني مبارك يتابع عن كثب تطورات الحادث. وتلقى مبارك برقية عزاء من نظيره الرئيس السوري بشار الأسد عبر فيها عن مواساته لمصر وشعبها متمنيا للجرحى الشفاء العاجل.

وكلف رئيس مجلس الشعب المصري الدكتور فتحي سرور لجنة برلمانية برئاسة وكيل المجلس للوقوف على ملابسات الحادث وإعداد تقرير عاجل.

كوارث القطارات بمصر تنسب عادة لأخطاء بشرية (الفرنسية)
كوارث
كان 45 مصريا قد أصيبوا بجروح في تصادم قطارين في محافظة الشرقية في مايو/أيار الماضي كما وقع حادث مماثل في نهاية فبراير/شباط قرب الإسكندرية أسفر عن إصابة عشرين شخصا بجروح.

أما أسوأ كوارث السكك الحديدة بتاريخ مصر فكانت في فبراير/شباط 2002 حيث قتل نحو 360 شخصا جراء حريق شب بقطار على بعد 70 كلم جنوب القاهرة. وفي التسعينيات، سجلت عدة حوادث كان أبرزها مقتل 41 شخصا في 1998 بالقرب من الاسكندرية، و30 شخصا في 1997 بين أسوان والأقصر في الجنوب، و75 قتيلا في 1995 في البدرشين، جنوب القاهرة.

يشار إلى أنه في ساعات الذروة الصباحية تزدحم القطارات المصرية بالعاملين خارج مدنهم وقراهم وتستقبل القاهرة الأغلبية من هؤلاء خاصة أن مصر مازالت تعاني من المركزية، ولا تتوفر فرص العمل والدراسة أحيانا إلا في المدن الكبرى.

كانت كارثة 2002 لفتت الأنظار لحالة التدهور التي وصلت إليها خدمة السكك الحديدية في مصر رغم أنها شهدت مرارا ارتفاعا في أسعار التذاكر. أما الشكوى الأساسية فمن مستوى خدمات وحالة قطارات الدرجة الثانية والثالثة التي تستخدمها الأغلبية إضافة لأساليب مراقبة حركة القطارات.

من جهتها تعد الحكومة المصرية بتحسين خدمات السكك الحديدة والاهتمام بالقطارات والاعتماد على الوسائل الإليكترونية في مراقبة سير القطارات، لكن تكرار الحوادث ونسبتها عادة لأخطاء بشرية يثير التساؤلات بشأن مصداقية هذه الوعود ويكشف عن مدى التسيب والإهمال في تطبيق مستويات السلامة والأمان.

وذكر مراسل الجزيرة أن عددا من نواب البرلمان المصري انتقدوا مرارا أوضاع مرفق السكك الحديدة، وقدموا توصيات خاصة فيما يتعلق بمستويات السلامة.

المصدر: الجزيرة + وكالات

Mon | Aug 14, 06 | 07:46:19 PM
Oleh Faisal Tehrani

ubra ialah sebuah filem bancuhan beberapa kerat mesej iklan Hari Raya Petronas, lawak yang meraban merapek, pembelaan terhadap inter-faith commission, geng sister in Islam, Islam ala Islam Hadhari, dan penyelewengan ajaran Maulana Rumi yang ramai orang mahu percaya diri mereka memahami sebahagian aspek kesufian tetapi berada di dalam kurungan istidraj yang sesat lagi menyesatkan.

Sesungguhnya hak dan batil dalam filem ini dibaur-baurkan hingga kita akhirnya tahu bahawa inilah jenis Islam yang ditolak oleh Nabi Muhammad S.A.W ketika ditawarkan oleh kafir musyrikin, Islam jenis inilah yang membawa Rasulullah berhijrah ke Madinah. Islam jenis inilah yang baginda telah menegaskan andai bulan dan matahari pun diletakkan di kiri kanan baginda, tidak ada apa yang dapat merubah baginda dari menolak Islam jenis ini. Islam jenis gubra.

Inilah sebuah filem untuk meraikan sekularisme dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah.

Menurut pengarah dan penulis filem ini, Yasmin Ahmad: Saya mahu paparkan tentang kisah dan sikap manusia yang biasanya selalu berada dalam keadaan gubra. Kerana gubra ramai di antara kita tidak reti untuk menghargai kasih sayang. Selain itu, mesej yang ingin saya sampaikan melalui Gubra ialah tentang kemaafan (Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005).

Image
Kos pembikinan Gubra ialah RM 1 juta, jenis filem 35 mm berwarna dengan lokasi sekitar Ipoh di mana gubra kononnya bermakna gugup atau gelabah
Saya tidak memahami apa yang indah dan gelap atau lucunya Gubra. Saya tahu filem, mise en scene dan segalanya. Saya tak pandang semua itu. Sesekali saya malah berasa terhina dengan adengan-adengan filem ini.

Lakonan sehebat mana sekalipun telah dimualkan dengan inti yang sungguh menyesak lagi menyesatkan ini. Kerja cahaya atau sinematografi yang handal sekalipun tak dapat menenggelamkan kelucahan dan kekeliruan yang diutarakan.

Saya tidak mahu memanjangkan isu Bilal Li memegang anjing sebelum melaungkan azan Subuh. Diskusinya boleh sahaja panjang memasuki sekian mazhab dan takrif najis mughalazah. Meski sesungguhnya tidak ada keperluan untuk Bilal memegang anjing (dan ya, semua orang dapat menangkap kiasan yang ingin dihantar. Saya juga tidak bodoh).

Tetapi juga, saya kira, tanpa apa alasan sekalipun filem yang dipenuhi dengan ciuman, pelukan, dakapan, elusan, gentelan, pautan, gomolan, belaian, pegangan, ramasan, picitan, urutan, hempukan, goyangan, dukungan, kucupan, rabaan, geleman dan yang seumpama dengannya, konon untuk menggambarkan kasih sayang ini adalah sebuah filem yang meremehkan malah menghina persoalan amar makruf nahi mungkar. Peluk sana cium sini seolah-olah tema kasih sayang ialah peluk cium sesuka hati tanpa batas dan garis panduan.

Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah mengubahnya dengan tindakan, jika tak sanggup maka dengan teguran, jika dengan itu tak sanggup maka dengan hatinya, yang demikian itu selemah-lemahnya iman."

Hadis tersebut terang lagi bersuluh menjelaskan bahawa aspek amar makruf nahi mungkar merupakan hal yang wajib bagi setiap Muslim. Apatah pula berada di pihak seorang Bilal yang mewakili institusi keagamaan.

Amar makruf nahi mungkar adalah wajib berdasarkan banyaknya ketentuan hukum dalam kesepakatan para ulama, berdasarkan Alquran, hadis, ijma, dan akhlak yang mulia.

Lihat sahaja ayat 71 surat At-taubah, ayat 104 dan 110 surat Ali 'Imran, Allah jelasnya telah mensyariatkan amar makruf nahi mungkar. Justeru para ulama bersepakat tentang wajibnya amar makruf nahi mungkar, cuna ia berbeza dalam tingkatan wajibnya samada wajib 'ain dan wajib kifayah.

Image
Ukurlah skala iman anda. Filem ini bukan sahaja mencabar budaya tetapi mencabar duduk letak syariat dengan mempersendakannya.
Andai kata wajib 'ain, maka setiap Muslim harus melaksanakan amar makruf nahi mungkar, akan tetapi dengan wajib kifayah, jika ada segelintir melakukannya maka terpenuhlah kewajiban tersebut walau hanya dilakukan oleh sebagian umat Islam.

Tetapi semuanya berdosa bila tidak ada seorang pun yang melakukannya. Dalam urusan kemasyarakatan, amar makruf nahi mungkar adalah satu hal yang digalakkan dan keperluan yang luar biasa signifikan supaya keseluruhan kehidupan dapat berjalan dengan baik.

Apakah yang makruf itu? Makruf adalah segala sesuatu yang dipandang baik oleh manusia dan diredhai oleh Allah SWT, samada ia perbuatan yang wajib maupun sunat, seperti mana ketaatan kepada Allah dan pengamalan perintah Allah.

Sebagai contoh menegakkan solat, melakukan puasa, menolong orang yang kesusahan, memberikan derma atau melakukan kebajikan dan lain-lain lagi.

Pun ada bahagian yang sangat penting sebagai kembarnya iaitu hal yang mungkar itu perlu ditegah. Mungkar adalah setiap yang dipandang tidak baik oleh manusia dan tidak dibenarkan oleh Allah SWT. seperti maksiat, menyekutukan Allah, juga melakukan larangan Allah, seperti penzinaan (iya 8 kali, dalam Gubra lapan kali adalah angka ajaib untuk satu penzinaan berulang) makan rasuah, menipu rakyat, dan sebagainya.

Perlaksanaan amar makruf nahi mungkar harus dilaksanakan dengan apa jua cara, ini disesuaikan dengan banyak mana kuasa anda ada.Jika anda bapa dalam keluarga ya ahli keluarga yang melakukan mungkar harus ditegur dan digalakkan melakukan makruf.

Jika pemerintah urusan makruf adalah sama pentingnya dengan pencegahan kemungkaran. Secara fitrah manusia tertarik dengan musuh abadinya iaitu iblis. Dan iblis akan bijak sekali memusing-musing kepala kita hingga kita akan mencari jalan sendiri untuk mengatakan ia benar.

Penegahan mungkar dilakukan dengan kekuatan fizik, juga dengan lidah yang sopan dan bijaksana, atau hanya dengan diam dalam penyesalan terjadinya kemungkaran, atau tidak terwujudnya hal yang makruf.

Hal ini tidak terjadi dalam Gubra, Bilal sebagai satu entiti yang mewakili institusi keagamaan meredhai jiran-jirannya duduk dalam maksiat. Betul Bilal Li tak perlu memulau Temah atau Kiah tetapi Bilal Li juga tidak boleh meredhainya dengan ikhlas tanpa rasa sesal sedikit pun.

Tidak pernah dalam filem ini, walau sekali ada gambaran pencegahan di dalam hati yang paling rendah tingkatannya dilakukan. Perhatikan dialog di hadapan rumah pelacuran yang wajar dicemuh ini:

Bilal Li: Assalamualaikum, awal balik pagi ini (nota pengarang: dari melacur). Temah : Esok pagi nak hantar Shahrin pergi sekolah. Ada pelanggan nak pun terpaksa tolak. Hai abang lambat pergi surau pagi ini? Hah rambut basah tu... Bilal Li: (Gubra) Ah mana ada... Temah: Kami balik dulu.

Pelaksanaan amar makruf nahi mungkar diberikan syarat:

(1) Bahawa jelas kemakrufan yang tidak dilaksanakan orang dan kemungkaran pula jelas dilakukan,

(2) Bahawa pendakwah sedar dengan diri dan jatidirinya sebagai orang yang alim dan sesuai dengan misi amar makruf nahi mungkar yang hendak ditunaikan,

(3) Pendakwah dengan itu tahu benar bahwa amar makruf nahi mungkar tersebut membawa manfaat, maslahat, serta tidak membawa madarat

(4) Amar makruf nahi mungkar ditegakkan dengan bijaksana, berterusan dan penuh kesabaran, serta

(5) Hal amar makruf nahi mungkar itu ditunaikan dengan ikhlas berorientasi pada keredhaan Allah SWT. Ini dilakukan demi mempertahankan keluhuran Islam dan menegakkan kalimah Allah.

Temah barangkali bernasib baik kerana mendapat hidayah dan kejutan Tuhan kerana disapa penyakit (kemungkinan HIV). Temah mencari Maz, belajar al-Quran, belajar solat dan menginsafi diri tetapi itu semua datang dari Temah. Dan ilham untuk bertaubat tentulah datang dari Allah.

Manusia yang diberi hidayah seperti Temah tidak ramai, dia mencari hidayah datang. Tetapi di pihak Maz dan Bilal Li yang tahu agama, tidak ada secuit pun rasa kesal rasa mahu mendorong dan rasa nahi mungkar tersebut ditonjolkan sebelumnya.

Tidak ada. Tidak, saya tak minta mereka mengherdik pelacur-pelacur yang baik itu. Mereka agaknya memang terpaksa melacur sebab tak pas SPM atau tak ada modal untuk berniaga nasi lemak bungkus. Iyalah, kita mahu percaya mereka melacur kerana tiada pilihan lain.

Tetapi sebagai sebuah naratif yang bermula dengan Bismillahhirahmanirrahim kita dikejutkan kerana Bilal Li dan isterinya bersikap tak apa dengan kerja maksiat jiran itu.

Bukan sahaja tidak menegah tetapi meraikannya.Kita faham sisi kemanusiaan yang ingin disogokkan tetapi fahami pula sisi kemanusiaan yang Islam tawarkan. Ada rangka dan konsepnya. Kenapa merendahkan ayat Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini?

Ya Islam memang luhur agamanya, mak cik bertudung labuh boleh menawarkan rendang ayam buat pesakit sebelah katilnya yang muak mengunyah daging babi seperti di dalam Gubra. Siapa nafikan?

Ya Malaysia memang indah kerana kita dibina dengan berbagai warna, bangsa, bahasa, masakan dan lain-lain lagi. Tetapi memaksakan Islam memahami semua persoalan itu seumpama Islam sebuah agama yang tidak cukup adalah sesuatu yang salah. Islam yang harus difahami, dihayati dan diamalkan.

Islam turun untuk kita, kita yang mesti fahamkan Islam bukan menceramahkan pula Islam yang mesti memahami kita.

Sungguh ini sebuah filem yang kacau dan sungguh kerana Yasmin serta pelbagai lagi manusia karyawan filem kita terperangkap oleh definisi Barat. Kononnya filem hanyalah gambar bergerak. Dan elemen-elemen kekaguman (untuk gubra) yang penuh kepalsuan ditawarkan juga seperti pesakit yang nampak punggungnya, atau Orked yang selamba meraba puting tetek Alan yang berbulu, atau watak Arif lakonan Adlin Aman Ramli menari dengan hanya memakai tuala hampir terlucut, atau pujian jururawat India bahawa alat kelakian Pak Atan sungguh utuh dan gemilang.Ini filem Malaysia, relaks, cool...itulah yang hebatnya, agaknya?

Tidak, filem lebih dari itu. Filem bukan cuma naratif, bukan cuma gambar yang bergerak. Filem adalah ar-Risalah seperti yang dinukilkan oleh Dr Abu Hassan dari Universiti Malaya dalam bukunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Filem haruslah kembali ke jati diri kita, kepada tradisi penceritaan yang berakar pada bangsa. Bukan caca marba tidak ketentuan bahasa.

Kasihan, dalam Gubra mereka mahu percaya mereka hidup dalam kebenaran tetapi orang yang berilmu melihat mereka dalam kebodohan. Seperti mana kumpulan Sisters In Islam terpekik setiap kali apabila timbul segala isu yang mereka rasa harus dimanfaatkan untuk kepentingan diri.

Kita tahu mereka bahlol lagi jahil tetapi mereka rasa mereka maju, moden dan Tuhan memang memandang mereka mulia, oh ya dan mereka percaya bisikan iblis: Tuhan memandang semua orang sama.

Dan tepekkan satu kata-kata Maulana Rumi yang lari konteks setelah dikerat-kerat bait-bait terdahulunya yang lebih enam ribu itu iaitu lampu ada pelbagai tetapi cahayanya sama. Ya, gereja, masjid dan tokong ialah rumah ibadat yang sama. Tuhan satu. Tuhan sama sahaja.

Begitu? Bagaimana dengan konteks ayat Quran, untuk Kamu agama kamu untuk kami agama kami? Cuba buka tafsir terlebih dahulu dan fahami surah al-Kafirun. Inilah asas jati diri orang Islam yang telah diterap dan diturunkan awal sejak di Mekah lagi.

Surah dengan 6 ayat ini adalah surah mengenai jati diri.Dan ya, boleh juga buka surah Taubah kerana ada juga jati diri orang munafik untuk kita lebih berwaspada dan hati-hati supaya tidak jadi seperti mereka.

Kalau tak reti agama jangan syarahkan agama dalam filem.Jangan rosakkan orang.

Gubra seperti tajuknya. Filem yang kacau, gugup dan ketidaktentuan hala seperti mana kefahaman dan diri pembikinnya.Dan memang ramai pengekor dan orang yang tak ketentuan jiwa menyokongnya.

Saya tidak hairan, bila pengarahnya ditanya wartawan tentang adengan Bilal memegang anjing, "Entah, tawakal sahajalah."

Ya konsep tawakalnya begitu.Tawakal gubra.

Allah memang pengasih dan penyayang. Tetapi Allah juga ada nama-nama lain, ada sifat-sifat lain yang Allah boleh sahaja menghukum, baran dan mengingatkan dengan keras. Allah memang Maha Pengampun tetapi Dia juga tidak memberi belas kasihan.

Kerana itu ada neraka sebagai tempat diazabkan. Baca asmaul husna biar habis, faham Islam biar selesai, bukan satu bahagian sahaja. Amar makruf tetapi nahi mungkar diabaikan.

Justeru, kalian memang Gubra. Janganlah membaca Rumi untuk satu bait, kemudian mendabik dada, khatamlah dahulu Mathnawi dan Diwan, dan fahamilah hubungannya dengan Tabrizi baru boleh mengeluarkan hujah di dalam filem anda. Jangan cemari ajaran kesufian dengan pendirian sesat anda ini.

Hayy Allah !

Wallahu'Alam, moga kita dikurniakan Jalan Yang Lurus yang selalu kita minta dalam solat kita itu. Moga kita dilindungi oleh sebarang kesesatan yang nyata dan juga tidak nyata.

Thursday, August 10, 2006

Natijah

Semalam, natijah tahun 3 Lughah Kaherah telah keluar. Bagi tahun 1 dan 2 pula, ia telah keluar beberapa hari lepas. Bagi saya natijah kuliah Lughah tahun ini berbeza sedikit, terutama natijah pelajar Johor Mesir. Tahun ini, setiap tahun pengajian dalam kuliah ini terdapat pelajar Johor yang mengambilnya. Berbeza dengan tahun-tahun sudah. Kuliah Lughah adalah antara kuliah yang sedikit bilangan pelajar Malaysia. Mungkin kerana mereka menyangka sukar atau sebab-sebab yang lain. Dan semenjak saya masuk kuliah ni, saya cuba untuk mengubah persepsi pelajar Malaysia terhadap kuliah Lughah.

4 tahun lalu, semasa saya menyambung pelajaran ke Mesir hanya saya seorang dari kalangan pelajar Johor yang mengambil kuliah ini. Dan bilangan pelajar Malaysia yang mengambil kuliah Lughah di Kaherah cuma 2 orang, saya dan seorang kawan saya dari Selangor. Namun, kawan saya kurang bernasib baik kerana tidak dapat meneruskan pengajian setelah 3 tahun gagal di tahun 1. Saya ketika itu merupakan satu-satunya pelajar yang akan menyambung generasi pelajar Johor dalam kuliah Lughah Kaherah kerana sudah lama tiada pelajar Johor yang mengambilnya. Kalau tak silap saya, generasi atas saya ialah Ustaz Khalid Salekan.

Bilangan pelajar Johor Lughah semakin bertambah selepas kedatangan saya. Tahun selepas saya, seramai 3 orang yang mengambilnya. Syafiq, Zaki dan Zainan. Mereka menjadi kebanggaan kuliah Lughah dengan keputusan yang agak cemerlang. Zainan menperolehi keputusan JAIYID setiap tahun dan sekarang berada di tahun 4. Syafiq pula memperolehi MAQBUL pada tahun 2 dan 3. Keputusan ini sukar untuk dicapai, walaupun hanya maqbul. Untuk melepasi semua madah ia adalah perkara yang sukar, terutama bagi saya.

Zaki pula, najah dalam tahun 1 dan 2 dengan membawa madah tetapi kurang bernasib baik dalam tahun 3. Meskipun begitu saya tetap berbangga dengan dia, dalam penguasaan bahasa arabnya terutama dalam nahu. Saya harap Zaki tabah dalam menerima natijahnya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tahun selepas mereka, hanya seorang saja pelajar Johor Lughah Azrin Sai'on. Dia lulus dalam tahun pertama tetapi gagal dalam tahun ini (tahun 2). Dan tahun ini pula, seramai 3 orang pelajar baru yang mengambil kuliah Lughah tapi saya tidak kenal semuanya. Hanya Qayyum yang saya kenal kerana dia merupakan junior saya semasa di Madrasah Al-Attas dulu. Hanya seorang daripada mereka lulus tahun ini, manakala 2 orang lagi gagal.

Saya pula hanya memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Tahun pertama, saya hanya layak naik ke tahun 2 dengan keputusan baik yang menanti. Tahun ke-2 juga begitu tetapi pada tahun 3 keputusan tidak menyebelahi saya. Saya terpaksa mengulang tahun 3 dengan membawa 6 madah. Dan alhamdulillah saya najah pada tahun ini dan layak untuk naik tahun 4.

Kerana itu, sekarang ini perasaan saya bercampur-campur, dalam sedih saya rasa gembira, gembira kerana keberjayaan saya dan kawan-kawan, tetapi sedih kembali kerana ada yang diberitakan tidak bernasib baik. Tetapi, ada beberapa orang yang saya sangat-sangat harap mereka lulus. Tolonglah Tuhan, jangan Kau uji mereka dengan kegagalan. Aku pohon sepenuh jiwa. ( perenggan terakhir ini dipetik dari mohdzaki.blogspot.com dan hanya ditambah 2 perkataan (",).......)


KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) - Umat Islam diminta bertenang dan tidak mempercayai khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet yang menghebahkan bahawa kes tuntutan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk membatalkan perkataan Islam dalam MyKad memihak kepadanya.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Nor berkata, setakat ini tidak ada lagi sebarang keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

"Forkad berasa dukacita dengan penyebaran khabar angin itu. Ini kerana sejak semalam akibat berita tersebut Forkad banyak menerima panggilan dari orang ramai bertanyakan mengenai berita tersebut," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya perkara ini juga disah tidak benar oleh peguam pemerhati kes Lina Joy.

Katanya lagi, beliau bimbang khabar angin tersebut adalah satu perancangan yang diatur oleh musuh Islam supaya pendokong Islam lemah dalam perjuangan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam berdoa untuk memastikan kes tersebut berpihak kepada umat Islam.

"Forkad berharap umat Islam berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan mendirikan solat hajat di masjid dan surau malam keesokannya," katanya sambil meminta mereka yang tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran khabar angin tersebut. - mks.

(Fiqh As-Sirah, m/s 94)
Terjemahan oleh : Abu Akhfash bin Ab. Rahman.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim :

Di dalam peristiwa ini nabi S.A.W telah datang dengan menaiki Buraq, sejenis haiwan tinggi dari keldai dan bukan baghal (kacukan keldai dan kuda), kakinya akan jejak di mana matanya melihat (kelajuannya).. Sesungguhnya dalam peristiwa ini nabi Muhammad S.A.W telah masuk ke Masjidil Aqsa dah telah solat di dalamnya 2 rakaat, kemudian Jibril mendatangkan kepada baginda satu gelas air dari arak dan satu gelas lagi dari susu. Nabi S.A.W telah memilih susu, maka berkatalah Jibril : "engkau telah memilih fitrah" (1).. Di dalam peristiwa ini juga, baginda telah dinaikkan ke langit pertama, kedua dan ketiga.. Dan begitulah sehingga baginda sampai ke ' سدرة المنتهى ' dan Allah telah mewahyukan kepadanya ketika itu pada yang telah diwahyukan.. Dan di dalamnya telah difardukan solat 5 waktu ke atas muslimin yang pada asalnya 50 waktu solat sehari semalam.

Pada pagi hari seterusnya, rasulullah S.A.W menceritakan apa yang baginda telah saksikan kepada orang ramai. Manakala orang-orang kafir telah mula berkumpul sesama mereka untuk menyebarkan berita yang menarik ini dan mentertawakannya (tidak mempercayainya malah menjadinya sebagai bahan ketawa). Dan sebahagian mereka memita baginda menyifatkan kepada mereka rupa bentuk Baitul Maqdis (Masjidil Aqsa) jika betul baginda telah pergi ke sana dan solat di dalamnya. Sedangkan baginda ketika menziarahi Masjidil Aqsa tidak pernah terfikir untuk melihat dan memerhatikan setiap sudutnya , bentuknya dan bilangan tiangnya. Akan tetapi Allah S.W.T telah memperlihatkan gambarannya di hadapan mata baginda, lalu baginda menceritakan sifat-sifatnya kepada kaum musyrikin secara terperinci sepertimana yang mereka tanyakan. Telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari rasulullah S.A.W, sesungguhnya baginda bersabda : " ketika mana aku didustakan oleh kaum Quraisy, aku masuk ke dalam bilik. Lalu Allah memperlihatkan kepadaku baitul Maqdis, maka aku mula menceritakan kepada mereka mengenainya dan aku sedang menyaksikannya".

Sebahagian kaum musyrikin telah menceritakan apa yang dikatakan oleh rasulullah kepada Abu Bakar R.A, berharap agar beliau memuliakan mereka dan tidak membenarkan rasulullah. Lalu beliau berkata : "Kalaulah itu yang dikatakan oleh baginda maka benarlah ia, sesungguhnya aku akan membenarkannya walaupun perkara itu lebih jauh dari itu (dari peristiwa Israk)".

Dan pada pagi malam Israk telah datang Jibril A.S dan mengajarkan rasulullah S.A.W cara solat dan waktu-waktunya. Sesunggguhnya baginda S.A.W sebelum disyariat solat (pada malam Israk) solat 2 rakaat pada waktu pagi dan 2 rakaat waktu petang seperti yang telah dilakukan oleh Saidina Ibrahim A.S.

----------------------------------------------------------------------------------
(1) Fitrah yang dimaksudkan oleh Jibril A.S ialah fitrah semulajadi rasulullah dan umatnya dalam memilih perkara yang baik (halal) dalam kehidupan mereka.

(Fiqh As-Sirah, 93 & 94)
Terjemahan oleh : Abu Akhfash bin Ab. Rahman.

Dimaksudkan dengan ''Israk'' ialah satu rehlah yang Allah muliakan dengannya nabi-Nya dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, manakala ''Mikraj" pula ialah apa yang berlaku selepas itu (selepas Israk) dari naiknya baginda (Muhammad S.A.W) ke tingkatan-tingkatan langit kemudian sampainya baginda ke satu tahap yang tidak boleh dicapai oleh ilmu makhluk dari kalangan malaikat, manusia dan jin. Dan semua ini berlaku hanya pada satu malam.

Telah berbeza pendapat pada dalam menetapkan tarikh peristiwa mulia ini (Israk Mikraj) berlaku, adakah ia berlaku pada tahun ke-10 selepas Muhammad S.A.W menjadi rasul atau ia berlaku selepas itu. Dan dari apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad dalam kitabnya "Tabaaqatul Kubra" sesungguhnya ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.

Seluruh umat Islam percaya bahawa rehlah ini (Israk Mikraj) adalah rehlah baginda S.A.W bersama jasad dan roh, dan ia adalah dari mukjizat yang jelas yang Allah telah memuliakan baginda dengannya.