Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Sunday, August 06, 2006

MUKJIZAT ISRAK & MIKRAJ (muqaddimah)

(Fiqh As-Sirah, 93 & 94)
Terjemahan oleh : Abu Akhfash bin Ab. Rahman.

Dimaksudkan dengan ''Israk'' ialah satu rehlah yang Allah muliakan dengannya nabi-Nya dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Al-Quds, manakala ''Mikraj" pula ialah apa yang berlaku selepas itu (selepas Israk) dari naiknya baginda (Muhammad S.A.W) ke tingkatan-tingkatan langit kemudian sampainya baginda ke satu tahap yang tidak boleh dicapai oleh ilmu makhluk dari kalangan malaikat, manusia dan jin. Dan semua ini berlaku hanya pada satu malam.

Telah berbeza pendapat pada dalam menetapkan tarikh peristiwa mulia ini (Israk Mikraj) berlaku, adakah ia berlaku pada tahun ke-10 selepas Muhammad S.A.W menjadi rasul atau ia berlaku selepas itu. Dan dari apa yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Sa'ad dalam kitabnya "Tabaaqatul Kubra" sesungguhnya ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah.

Seluruh umat Islam percaya bahawa rehlah ini (Israk Mikraj) adalah rehlah baginda S.A.W bersama jasad dan roh, dan ia adalah dari mukjizat yang jelas yang Allah telah memuliakan baginda dengannya.

0 comments: