Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) - Umat Islam diminta bertenang dan tidak mempercayai khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan internet yang menghebahkan bahawa kes tuntutan Azlina Jailani atau Lina Joy untuk membatalkan perkataan Islam dalam MyKad memihak kepadanya.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Nor berkata, setakat ini tidak ada lagi sebarang keputusan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan.

"Forkad berasa dukacita dengan penyebaran khabar angin itu. Ini kerana sejak semalam akibat berita tersebut Forkad banyak menerima panggilan dari orang ramai bertanyakan mengenai berita tersebut," katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya perkara ini juga disah tidak benar oleh peguam pemerhati kes Lina Joy.

Katanya lagi, beliau bimbang khabar angin tersebut adalah satu perancangan yang diatur oleh musuh Islam supaya pendokong Islam lemah dalam perjuangan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh umat Islam berdoa untuk memastikan kes tersebut berpihak kepada umat Islam.

"Forkad berharap umat Islam berpuasa sunat pada hari Isnin ini dan mendirikan solat hajat di masjid dan surau malam keesokannya," katanya sambil meminta mereka yang tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran khabar angin tersebut. - mks.

0 comments: