Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Thursday, August 10, 2006

Natijah

Semalam, natijah tahun 3 Lughah Kaherah telah keluar. Bagi tahun 1 dan 2 pula, ia telah keluar beberapa hari lepas. Bagi saya natijah kuliah Lughah tahun ini berbeza sedikit, terutama natijah pelajar Johor Mesir. Tahun ini, setiap tahun pengajian dalam kuliah ini terdapat pelajar Johor yang mengambilnya. Berbeza dengan tahun-tahun sudah. Kuliah Lughah adalah antara kuliah yang sedikit bilangan pelajar Malaysia. Mungkin kerana mereka menyangka sukar atau sebab-sebab yang lain. Dan semenjak saya masuk kuliah ni, saya cuba untuk mengubah persepsi pelajar Malaysia terhadap kuliah Lughah.

4 tahun lalu, semasa saya menyambung pelajaran ke Mesir hanya saya seorang dari kalangan pelajar Johor yang mengambil kuliah ini. Dan bilangan pelajar Malaysia yang mengambil kuliah Lughah di Kaherah cuma 2 orang, saya dan seorang kawan saya dari Selangor. Namun, kawan saya kurang bernasib baik kerana tidak dapat meneruskan pengajian setelah 3 tahun gagal di tahun 1. Saya ketika itu merupakan satu-satunya pelajar yang akan menyambung generasi pelajar Johor dalam kuliah Lughah Kaherah kerana sudah lama tiada pelajar Johor yang mengambilnya. Kalau tak silap saya, generasi atas saya ialah Ustaz Khalid Salekan.

Bilangan pelajar Johor Lughah semakin bertambah selepas kedatangan saya. Tahun selepas saya, seramai 3 orang yang mengambilnya. Syafiq, Zaki dan Zainan. Mereka menjadi kebanggaan kuliah Lughah dengan keputusan yang agak cemerlang. Zainan menperolehi keputusan JAIYID setiap tahun dan sekarang berada di tahun 4. Syafiq pula memperolehi MAQBUL pada tahun 2 dan 3. Keputusan ini sukar untuk dicapai, walaupun hanya maqbul. Untuk melepasi semua madah ia adalah perkara yang sukar, terutama bagi saya.

Zaki pula, najah dalam tahun 1 dan 2 dengan membawa madah tetapi kurang bernasib baik dalam tahun 3. Meskipun begitu saya tetap berbangga dengan dia, dalam penguasaan bahasa arabnya terutama dalam nahu. Saya harap Zaki tabah dalam menerima natijahnya yang telah ditetapkan oleh Allah.

Tahun selepas mereka, hanya seorang saja pelajar Johor Lughah Azrin Sai'on. Dia lulus dalam tahun pertama tetapi gagal dalam tahun ini (tahun 2). Dan tahun ini pula, seramai 3 orang pelajar baru yang mengambil kuliah Lughah tapi saya tidak kenal semuanya. Hanya Qayyum yang saya kenal kerana dia merupakan junior saya semasa di Madrasah Al-Attas dulu. Hanya seorang daripada mereka lulus tahun ini, manakala 2 orang lagi gagal.

Saya pula hanya memperolehi keputusan yang kurang memuaskan. Tahun pertama, saya hanya layak naik ke tahun 2 dengan keputusan baik yang menanti. Tahun ke-2 juga begitu tetapi pada tahun 3 keputusan tidak menyebelahi saya. Saya terpaksa mengulang tahun 3 dengan membawa 6 madah. Dan alhamdulillah saya najah pada tahun ini dan layak untuk naik tahun 4.

Kerana itu, sekarang ini perasaan saya bercampur-campur, dalam sedih saya rasa gembira, gembira kerana keberjayaan saya dan kawan-kawan, tetapi sedih kembali kerana ada yang diberitakan tidak bernasib baik. Tetapi, ada beberapa orang yang saya sangat-sangat harap mereka lulus. Tolonglah Tuhan, jangan Kau uji mereka dengan kegagalan. Aku pohon sepenuh jiwa. ( perenggan terakhir ini dipetik dari mohdzaki.blogspot.com dan hanya ditambah 2 perkataan (",).......)


0 comments: