Piala Pusingan yang menjadi rebutan
Ayat ini menjadi tema bagi Kejohanan Futsal Piala Exco UMI kali ke-2 semalam. Walau baru kali kedua kejohanan ini diadakan tapi kemeriahan dan sambutannya cukup hebat. Sebanyak 8 pasukan menyertainya, 4 daripada UMI, 2 daripada Damanhur, 1 UBI (Unit Bujang Iskandariah) dan 1 daripada negara jiran (Thailand).Dengan bertemakan "Pupuk Rohani Sihat Jasmani" kejohanan ini diadakan. Pemilihan tema dalam sesuatu program bukanlah perkara yang mudah. Apabila sesuatu tema itu dipilih seluruh ahli jawatan kua
"Pupuk Rohani Sihat Jasmani", adakah ia dapat dicapai ??? Selesai sudah kejohanan, pastinya ia sudah dicapai. Mungkin kebanyakan kita hanya memikirkan siapakah Juara, siapa pemain terbaik dan siapa pula penjaring terbanyak tanpa memikirkan adakah tema ini telah dihayati oleh diri kita.
Dalam menghayati tema ini, pemahamannya perlu diambil kira. Tidak mungkin sesuatu tema boleh dicapai tanpa kefahaman dari seluruh yang terlibat. Walau ayatnya nampak mudah, tapi hakikat ia sukar dicapai. Bagaimana kita ingin memupuk rohani sehingga menatijahkan jasmani yang sihat ? Seorang ulama ada menyebut : الأرواح جنود مجنّدة , roh-roh itu adalah tentera yang boleh dibentuk atau dipupuk. Maka roh ini perlu dipupuk dan dibentuk agar ia menjadi yang terbaik. Kebanyakan orang hanya memikirkan kesihatan jasmani tanpa memikirkan rohani mereka. Rohani tidak boleh diabaikan kerana kesihatannya akan menatijahkan seluruh anggota berfungsi dengan baik. Rohani ini perlu diberi makanan yang berkhasiat agar ia akan terus sihat. Semestinya makanan berkhasiat yang terbaik untuk rohani adalah ilmu Islam. Ibnu Mas'ud radiallahu anhuma pernah berkata : "Apa akan jadi sekiranya orang demam tidak diberi makan dan ubat selama tiga hari ? Pastinya dia akan mati. Begitu jugalah hati, jika ia tidak diberi ilmu selama 3 hari maka ia akan mati." Oleh yang demikian, ulama' telah menggariskan bahawa seorang itu memberi hatinya ilmu agama sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Sama ada dengan menghadiri kelas pengajian atau kuliah, ataupun melalui pembaca yang sohih. Ini demi memastikan hatinya terus hidup dan sihat.
Dalam konteks sukan atau riadah bersesuaian dengan tema di atas, pasti ia sedikit berbeza. Bagaimana kita ingin memupuk rohani dalam sukan ? Semestinya sukan itu perlu berpandukan apa yang telah digariskan oleh Islam. Etikanya perlu dijaga bagi memastikan rohani dapat dipupuk. Islam amat menggalakkan bersukan demi memastikan ummatnya sihat dan kuat. Apabila sukan itu dijadikan sebagai acara besar atau pertandingan, maka perkara penting yang perlu dicapai selain dari tubuh badan yang sihat adalah ukhuwah sesama peserta yang terlibat. Dengan terjalinnya ukhuwah yang erat di kalangan peserta barulah rohani ini dapat dipupuk. Tiada hasad dengki, maki hamun, cemburu dan sebagainya. Kalah menang bukan menjadi persoalan, hadaf utama hanyalah ukhuwah. Itulah yang Islam tekankan.
Moga dengan berakhirnya Kejohanan Futsal Piala Exco UMI kali ke-2 semalam, tema ini dapat dicapai. AJK pelaksana telah melakukan yang terbaik, selebihnya diserahkan kepada peserta. Sama ada tema ini dapat dicapai atau tidak hanya Allah yang tahu. Masing-masing dapat menilai pada diri sendiri. Sekiranya ia dicapai, hanya kita dapat merasakannya. Tahniah buat mereka yang telah dapat menghayati dan mencapai tema "Pupuk Rohani Sihat Jasmani" pada kejohanan semalam. Tahniah juga kepada Johan Kejohanan, JAYA FC dan seluruh AJK pelaksana serta seluruh peserta. Moga kejohanan ini dapat diteruskan di masa akan datang. Alfu mabruk buat semua.
Wallahu a'lam...














0 comments:
Post a Comment