Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Wednesday, March 04, 2009

DPMI.... DPM Jumud ???


Ungkapan ini sering dan acapkali dilafazkan oleh sesetengah pihak, maklumlah hanya DPMI sahaja yang kesemua barisan pimpinannya adalah muslimat. Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) merupakan satu-satunya dewan perwakilan pelajar melayu di Mesir yang kesemuanya ahlinya adalah wanita.

Ungkapan ini pernah juga terlintas dalam fikiran saya ketika baru menetap di bumi Iskandariah. Empat tahun telah mematangkan saya mengenai selok belok kehidupan dan peraturan serta percaturan dewan perwakilan yang majoriti penduduk melayu di sini adalah akhawat. Tambahan pernah menjawat jawatan dalam sebuah unit kecil di sini.

DPMI, DPM jumud??? Saya terlihat ayat ini di status YM seorang sahabat. Kemudian saya bertanya kepadanya : "Kenapa kata DPMI jumud ?" Dia menjawab : "takde ape2 lah?" Saya berkata lagi :"Masa-kan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup" Dia terus berjenaka : "Ada, kalo ade beruk bergayut". Kami terus menghentikan perbualan. Selang beberapa hari seorang sahabatku berkunjung ke rumah, kami berborak sehingga dia menceritakan sebab dan kenapa kawan kami paparkan di status YM nya "DPMI, DPM jumud ?". Sebab pertama, DPMI tiada web atau blog rasmi. Sebab kedua, DPMI melarang ahli daripada membuat pemasangan internet di rumah mereka. Rupanya inilah sebabnya sahabat mengatakan yang DPMI adalah DPM jumud. Saya pasti bukan hanya dia yang mengatakan begitu, bahkan ramai lagi yang bertanggapan sedemikian.

Terlintas dalam fikiran saya untuk menjawab serta mengulas tanggapan negatif ini lebih-lebih lagi setelah membaca satu entri di blog anak SC saya
Auratku haram untuk melayu, halal untuk arab - Ustazah Melayu. Saya tidak akan mengulas sebab pertama yang menyebabkan tanggapan negatif ini. Bagi saya ini memang kelemahan dari pihak DPMI sendiri kerana sehingga kini masih tidak mampu menwujudkan web atau blog rasmi terutama di zaman saiber dan 'dunia di hujung jari'. Sebab kedua daripada qarar yang termaktub di dalam DPMI : Ahli tidak digalakkan memasang internet di rumah, begitulah lebih kurang ayatnya. Qarar ini telah diperbincangkan secara serius dan panjang lebar, malah saya sendiri pernah terlibat dalam perbincangan ini.

Hasil perbincangan, DPMI terus mengekalkan qarar ini walaupun ada kontra dari kalangan ahli. Setelah dilihat dari seluruh aspek dan beberapa kesan negatif daripada internet ini, barulah qarar ini dikekalkan. Adakah hanya dengan sebab ini DPMI dikata dan dianggap sebagai sebuah DPM jumud ??? Kami memandang dari seluruh aspek, memikir dan membincangkan kesan buruk yang melebihi kesan baik terhadap ahli. Maka barulah ia dikekalkan. DPMI tidak pernah melarang ahli dari melayari internet, mereka boleh melayarinya di CC yang 'tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan' di sini. Hanya cuma tidak menggalakkan pemasangannya di kediaman sendiri. Kita perlu ingat DPMI merupakan satu-satunya DPM yang semua ahlinya adalah akhawat maka sudah tentulah qararnya sedikit berbeza dari DPM lain. Seingat saya, DPM Shoubra juga melarang ahli dari memasang internet di rumah.

Sedikit mengulas isi kandungan blog anak SC saya. Saya bersetuju hampir keseluruhan isinya, hanya istilah ini yang kurang saya senangi 'PERATURAN KUNO'. Tidakkah kita tahu bahawa setiap peraturan itu tidak akan termaktub dan diguna pakai kecuali selepas perbincangan yang panjang??? Lupakah kita dengan firman Allah S.W.T :

وأمرهم شورى بينهم
"Perintahkan mereka untuk bermesyuarat (syura) sesama mereka"

وشاورهم في الأمر
"Dan bermesyuarat (syura) lah bersama mereka dalam urusan itu"


Maka setiap keputusan atau peraturan yang telah diputuskan selepas mesyuarat adalah berpandukan ayat di atas. Pastinya keputusan ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T, maka tidak selayaknya lah sesuatu peraturan yang telah diputuskan oleh permesyuaratan ini dikatakan sebagai 'PERATURAN KUNO'. Malah untuk pengetahuan semua, peraturan ini bukan hanya diputuskan oleh DPMI malah ia diperbincangkan bersama Badan Pengurus PMRAM sebelum peraturan ini diguna pakai. Mungkin dengan sebab ahli DPM ini yang salah mentafsir dan menterjemahnya sehingga menyebabkan masyarakat luar memberi tanggapan yang salah pada peraturan ini. Jika dilihat dari pandangan mata kasar memanglah peraturan ini kelihatan seperti kuno atau mengongkong. Tapi hakikatnya banyak kemaslahatan yang dapat dijaga.

Jangan kerana keahlian DPMI hanya untuk mahasiswi dan kepimpinan hanyalah di kalangan muslimat, gelaran JUMUD diberikan kepada mereka. Kelemahan itu pasti wujud. Jangan menjadi orang yang hanya pandai mengkritik dan mengutuk, tapi jadilah orang yang menyumbangkan idea dan tenaga untuk membina kesatuan pelajar ini.

Wallahu a'lam...

akhawat : perempuan
qarar : peraturan

7 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
tertarik saya melihat tajuk artikel lantas membaca.. kerana dpmi sendiri merupakan dpm yg saya tumpang selama ini..

tindak tanduk larangan pemasangan internet dirumah amat sy bersetuju ekoran beberapa kejadian yg tidak diingini berlaku.. seperti; dulu rajin berjemaah bila solat dan kininya tidak.. perbualan terlampau bebas dengan ikhwah baik dari mesir sendiri atau malaysia.. lebih byk menghadap komputer daripada kitab.. dan sebagainya..

tp bila dikaitkan dengan blog.. sememangnya sy sendiri patut mengatakan ia jumud.. kerana, sekiranya larangan internet diberikan untuk pemasangan dirumah, seharusnya selaku exco memikirkan lebih matang dalam pembikinan blog.. ibarat saudara kata tadi, cc yang tumbuh bagaikan cendawan.. kenapa tiada perlantikan ajk yg sanggup turun padang untuk membuat pembikinan blog..

saya lihat ramai dikalangan ahli dpmi mempunyai blog sendiri sedangkan mereka tiada internet dirumah.. nah.. ini satu cabaran kerana ahli sendiri ada blog.. tp sayang.. dpmi tiada blog..

hatta di malaysia skrg ni.. jika ada usrah dikalangan pelajar.. pelajar sendiri diharuskan memperkenalkan blog sendiri kepada rakan.. kerana kebiasaan org yg ada blog, mereka akan membaca dan mereka artikel..

sekali lg sy katakan.. mmg mesyuarah itu amat penting dan boleh hasilkan natijah yg bernas.. tp dalam konteks blog yg tidak dibuat dalam dpmi.. seharusnya ia perkara yg memalukan.. kerana melalui blog.. dpmi boleh diperkenalkan oleh semua mata mahasiswa.. jangan kerana wanita, maka sll dianggap tewas .. nak buat macam mana us.. dah kami wanita.. xlayak jadi pemimpin.. jadi terima saja seadanya.. itu ungakapa yang salah..

mahasiswa prihatin.

Ibnu Ali said...

Assalamualaikum

Nak tergelak pun ada man, bila baca entry kali ni. Lebih2 lagi ada ayat "ada, kalo ade beruk bergayut"..

Huhu.. DPMI Jumud, UMI tak jumud!huhu

UMI kene tolong DPMI buat blog...

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Anonymous - Memang blog atau web amat perlu sekarang ini.Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan DPMI masih belum mempunyai laman rasmi. Apa pun, terima kasih atas komen dan cadangan bernas dari enta. Insya-Allah saya akan sampaikan pada pihak DPMI.

Ibnu Ali - Ooo, nak tergelak eh? Mcm kenal je kan ayat tu :)

UMI sentiasa membantu DPMI pada setiap bantuan yang diperlukan...

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...hmmm...DPMI,DPM JUMUD?...tertarik,tersentak pun ada..perkara ini bukan lagi perkara baru yang diperbincangkan..tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini...bukan sahaja ikhwah dari muhafazah lain tetapi akhawat kita sendiri pun menyatakan hal yang sama...internet ni pu ada baik dan buruknya,tak kira ikhwah mahupun akhawat...
soal blog tu memang amat memalukan,ana sendiri selaku ahli DPMI pun merasakan hal ini perlu diambil serius...kita bukan tidak ada tenaga yang boleh menguruskan soal blog,..ahli DPMI cukup ramai yg mahir...tapi mungkin ada sedikit masalah dari pihak DPMI sendiri..

Syafiq Shahbudin said...

assalamualaikom ustaz.

pada pendapat saya, sememangnya syura adalah terbaik dalam penyelesaian masalah.

bagi permasalah berkaitan pemasangan internet, menyewa rumh berdekatan akhawat dan permasalah yang melibatkan kehidupan yang menjadi menjadi pro kepada ustazah dan contra kepada masyarakat umum terutamanya lelaki melayu harus dikaji kembali..

seeloknya pada pendapat saya, lebih baik majlis syura menjemput wakil dari pelajar perubatan seperti presiden perubatan cawangan iskandariah agar pro dan contra dapat diseimbangkan.

oleh itu, keputusan yang sebaiknya enhaallah dapat di jana.

p/s: periksa pun dah tamat, kami tengah free, harap dapat diaktifkan semula SC. :D

assalamo3lekom...

(maaf jika saya sedikit tegas atau berkasar dalam blog saya.) Yang baik itu datang dari allah, yang lemah itu datang dari kelemahan saya sendiri dengan izin allah... dan tiada niat untuk mempersendakan hukum allah... nauzubellahimenzalek...

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Rumaisha Hassan - Cadangan dan pandangan Ustazah tu bagus. Sebagai ahli, eloknya ustazah sendiri mencadangkannya kepada pihak AJKT DPMI. Ustazah ada byk ruang utk memberi cadangan atau pandangan kepada pihak AJKT, baik dlm MAT atau lain² program. Untuk permulaan, apa kata ustazah sendiri menawarkan diri utk membina BLOG DPMI sbb ustazah pun ada kemahiran...

Shafik - Waalaikumussalam Shafik.

Seperti yang ana sebut, ana setuju dgn kebanyakan isi dlm blog enta tu. Cume enta sbg org baru tidak boleh terus mengatakan KUNO ttg peraturan tu. Bukan dgn sbb pelajar perubatan peraturan itu dibuat, malah peraturan ini sudah lama dan lebih dikhususkan sblum ini kepada ustaz yg kuliah nye di muhafazah selain Alex. Byk kes tidak baik yang telah berlaku apabila ikhwah tinggal berdekatan akhawat di sini.

Kalo ia nampak positif selepas ini mungkin peraturan ini akan dilonggarkan atau ditiadakan. Cadangan yg baik utk memanggil Presiden Perubatan dlm perbincangan selepas ini.

Maaf klo buat enta tersinggung. Kami hargai kehadiran perubatan di sini, malah ia menambah keceriaan di bumi Alex ni.. Ttg SC, minta Ketua SC hubungi ana jika kalian lapang sbb ana xtau jadual kalian..

Kita boleh perpanjangkan perbincangan ini dlm SC nnti :)

Wslm

Anonymous said...

assalamualaikum.saya juga tertarik dgn tajuk artikel tersebut.
Perkataan JUMUD ini sering dilontarkan kepada mahaisiwi azhar khasnya yg berada di iskandariah oleh pelbagai pihak samada dr malaysia mahupun diklangan pelajar azhar sendiri.Namun tohmahan tersebut diabaikan demi mempertahankan hak kuasa yg ada.

Bukan saja internet malah apa saja perkara atau peraturan yg ingin dibuat perlu dibuat melalui mesyuarah agar keputusannya lebih bernas.sola internet memang ada pro dan kontra.Tetapi itu semua bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya.

kita selaku pelajar universiti sememangnya perlukan komputer dan internet dalam era pembanguna negara,tak kira kira kita ini student mana.Takkanlah kerana hanya dua atau tiga orang sahaja yang buat hal,lantas diharamkan penggunaan internet dirumah sedangkan penggunaan internet di siber kafe tidak diharamkan.
Kalau dulu,ustazah tak dibenarkan berada di CC(cyber caffea) menjelang waktu maghrib.Maka ketika itu ramai dikalangan orang yg sudah berkahwin meronda cc yg ada dan mengarahkan pelajar2 yg ada di CC agar pulang ke rumah masing2.Tapi kini ustazah menukar plan utk memasang internet dirumah utk menjimatkan kos dan memudahkan.Umpamanya klu kel;uarga minta dihubungi maka taklah terkejar2 ke CC.kadang2 CC masih tutup.Itu yg menyukarkan.BIla dah pasang kat rumah ada pulak peraturan yg menyusul.

OLeh kerana terlalu bengan dgn perturan yg menyusul,maka ada yg kata PAKDAM boleh pulak?.Dia sebenarnya terlupa bahawa peraturan yg dibuat bukanlah utk pakdam tp utk ustazah bujang saja.Dan mereka dh lupa bahawa pakda terkecuali dgn peraturan tersebut sbb pakdam bukan dibawah kuasa DPMI.

Internet dari CC berpindah ke rumah dan kini berpindah ke handphone.Apa tindakkan DPMI.Teknologi kian maju.Mak kini ramai pelajar yg mampu membeli hp canggih yg boleh melayari internet melalui hp sahaja.Takde ke peraturan yg melarang menggunakan hp.Kalau ada memanglah melampau.

Rasulullah mengajar kita supaya baik sangka pada sesiapa.Allah juga telah memperigatkan dalam al-quran bahawa buruk sangka itu sebahagian drp dosa.Kenapa hanya perbuatan segelintir pelajar dianggap semuanya melakukan.Ini salah sebenarnya.Kita selaku mahasiswa harus berfikiran terbuka.Tidak semua penghuni rumah satu pemikiran.Jadi takkanlah mereka nk buat yg tak elok.Kita sebagai orang yg beragama islam ada perturan yg sesuai.

Terkini ada cadangan ahli yg inginkan supaya DPMI sendiri memasang internet di markaz.Sejauh mana cadangan tersebut diterima.Dalam hal ini DPMI rasa serba salah.Nak terima malu,tak terima penting pulak.Apa taknya mereka sendiri yg buat peraturan melarang pelajar siswa guna internet dirumah kemudian mereka sendiri guna internet dimarkaz.Bukankan itu cakap tak serupa bikin.Sampai sekarang cadangan itu belum dilaksanakan lagi.

saya ingin bertanya,apa pandangan DPMI kalau ada rakan seperjuangannya yg berada dlm UMI membantu akhawat menyalurkan internet ke rumah mereka,adakah DPMI akan mengambil tindakkan juga?.saya harap DPMI faham apa yang saya katakan RAKAN SEPERJUANGAN.

Soal blog,DPMI adalah DPM yang dianggap DPM paling teruk dari dulu hingga kini yang mempunyai peraturan kuno dan lebih kuno daripada firaun oleh sesetengah phak tidak berani mewudkannya sebab takut dengan kritikan panas yg bakal melanda dan menimpa.Mereka seolah-oleh takut mengahadapi kenyataan.

Sekian .