Tanggal 18 Februari 2009 genaplah 4 tahun perkahwinan dan keesokkannya genap pula 4 tahun kami menetap di bumi Iskandariah Mesir. Jika mengikut kata Imam Abdullah ibnu Mubarak, seseorang itu layak dinasabkan kepada nama tempat jika ia menetap 4 tahun di tempat itu.
4 tahun bukan masa yang singkat, tempoh masa ini banyak mengajar-ku ragam kehidupan. Semenjak tiba di M
esir pada akhir 2002, saya hanya menetap 2 tahun lebih di Kaherah dan bakinya di Iskandariah. Dari alam bujang ke alam perkahwinan, suatu alam yang cukup berbeza. Ramai orang menyangka perkahwinan ini mudah, seronok dan sebagainya. Ya, ia memang seronok jika bahtera perkahwinan ini dikemudikan oleh iman dan jiwa yang cekal jua berpandukan serta berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dari nabi Junjungan S.A.W. Benarlah sabda nabi S.A.W : "Sebaik-baik kamu adalah yang berlaku baik pada keluarganya dan sesungguhnya aku berlaku baik pada keluargaku."
Hadis ini nampak ringkas dan mudah tetapi hakikatnya ia amat susah dipraktikkan. Ramai orang mampu bersikap dan berkelakuan baik pada sahabatnya, rakan sekolah atau sekerja dan masyarakat. Sanggup menahan marah dan nafsu di khalayak ramai. Tetapi amat kurang mereka atau suami yang mampu berkelakuan dan berkeperibadian baik serta sanggup menahan marah pada keluarganya sendiri. Ini dapat kita lihat dengan kes cerai-berai dan penganiayaan yang meningkat dewasa ini. Kebahagiaan rumah tangga bukanlah suatu yang mudah untuk dikecapi dan dicapai, mungkin ia-nya berlaku pada awal perkahwinan 1, 2 atau 3 tahun tapi ia amat sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang apatah lagi hingga ke akhir hayat.
Perkahwinan perlu dipandu dengan ilmu agama yang jitu, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan yang paling penting penghayatan serta pengamalan-nya dalam kehidupan seharian. Contohi dan teladani kehidupan Rasul S.A.W dalam mendidik dan mentarbiyah keluarga. Mampu menjadi contoh serta tauladan bukan sahaja pada masyarakat dan ummah bahkan pada keluarga baginda sendiri. Inilah yang menjadi teras dalam melahir dan menjana keluarga bahagia. Nampak mudah, hakikatnya.... Allah saja yang tahu.
Saya sentiasa berdoa agar keluarga yang telah berjaya dibina dan dikekalkan selama 4 tahun ini akan terus berjaya dikekalkan hingga ke syurga Allah S.W.T. Bimbingan, tunjuk ajar serta doa dari keluarga, sahabat dan rakan-rakan amat diharapkan. Moga keluarga ini mampu memberi kekuatan pada diri, isteri dan anak-anak dalam meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.
Wallahu a'lam...

2 comments:
salam habib loqman..
terpaksa nk coment la..
x tahan dgn perasaan yg terkandung ni...hihi
sebak dan gembira bila membaca..
moga allah memberkahi keluarga ini..
salam kembali buat habeb fahmi ...
Syukran atas doa enta, moga perasaan yg terkandung tu dpt ditahan. Kalo dah x tahan sgt, dtg la rumah. Kita bincang jalan yg terbaik utk perasaan itu :)
Post a Comment