(Abu Akhfash Online) - Sehingga hari ini negara ini terus menjadi mangsa serangan tentera Israel yang tak berperikemanusian. Sehingga semalam angka kematian sudah mencecah 180 orang. Tentera Israel sudah memusnahkan hampir seluruh insfrastruktur yang ada di Lebanon. Malahan mereka seakan-akan mahu menghancurkan seluruh Lebanon. Semalam saja peluru berpandu Yahudi telah membedil sasaran dari utara ke selatan Lebanon, termasuk Lembah Bekaa dekat Syria, menyebabkan 35 orang terbunuh dalam serangan balas besar-besaran. Semua serangan ini dengan alasan mahu menghapuskan Hizbullah. Tentera Israel juga menyerang utara Lebanon yang tiada puak Hizbullah di sana tapi mereka tetap memberi alasan mahu menghapuskan Hizbullah.
Israel langsung tidak mempedulikan desakan dan amaran PBB. PBB memberi amaran untuk menghantar pasukan keselamatan antarabangsa ke sana. Walau bagaimanapun Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berpendapat kehadiran pasukan keselamatan antarabangsa tidak akan membantu meredakan situasi di Lebanon. Malahan Komander Israel berkata, serangan enam hari yang telah membunuh sekurang-kurangnya 180 rakyat Lebanon itu boleh berterusan beberapa minggu atau bulan. Sampai bilakah Israel akan terus menyerang Lebanon dan membunuh orang awam, wanita dan kanak-kanak Lebanon???















3 comments:
Your are Excellent. And so is your site! Keep up the good work. Bookmarked.
»
Especially I like the first site. But other links are informative too, if you are interested check all those links.http://indexmachine.info/2852.html and http://indexmachine.info/672.html
Your website has a useful information for beginners like me.
»
Post a Comment