Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Tuesday, July 11, 2006

Ahmad Akhfash bin Luqmanul Hakim

Nama saya Ahmad Akhfash bin Luqmanul Hakim, putera sulong 'ummi' dan 'walid'. Saya lahir pada hari Sabtu 27 Mei 2006 bersamaan 29 Rabi'ul Akhir 1427h pada jam 10.30mlm di Iskandariah, Mesir. Terima kasih pada 'ummi' kerana telah mengandungkanku 9 bulan dan melahirkanku. Jasa 'ummi' hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Terima kasih juga pada 'walid' yang menamakanku. Sedap nama ni, nama jamaah dari ulama' besar nahu. Moga saya akan menjadi seperti mereka. Setakat ni saya masih tak pandai ape2 kecuali menyusu, menangis, tersenyum, ketawa dan cuma pandai berkata "a, a dan a".

Saya juga merupakan cucu dan cicik sulong dalam keluarga 'walid'. Saya teringin sangat nak jumpa datuk, nenek, moyang dan keluarga yang lain di Malaysia. Di sini saya cuma ada 'ummi', 'walid', maklong & paklong, serta 'ammu2' & 'achik2'.

Doakan saya menjadi anak soleh dan mampu menjadi seorang pejuang agama Allah
kelak. Kepada 'ammu2' dan 'achik2' yang belum ziarah saya, datanglah tengok saya yang comel lagi handsome ni :)

3 comments:

Anonymous said...

selain pandai menagis, menyusu dan merengek, 'saya' juga pernah angguk kepala tanda setuju nak pergi rumah ammu alexandaricairo, tapi, walid tak paham sign dari 'saya'. sedihnya!!! Nak gi rumah ammu!!!

Anonymous said...

Wahh comel sungguh anak saudara. Mabbruk la kerana menjadi walid dalam usia muda! Moga Ahmad Akhfash menjadi anak yg soleh!

-tinta-

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

(tinta) Amin...terima kasih. Moga tuan hamba akan mengusul selepas ni. Boleh hamba tahu siapakah gerangan tuan hamba??