Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Wednesday, July 19, 2006

SERU - SERUAN

Orang selalu kata, bila dah sampai seru seseorang tu pasti akan sibuk memikirkannya kemudian bertindak. Betul ke? Mungkin ia betul tapi yang penting setiap orang berbeza tiba waktu serunya. Ada yang baru remaja dah datang serunya. Ada yang umur dah hampir 40 tapi masih belum datang serunya. Ada juga yang belum diseru tapi buat seolah-olah dah diseru, dan ada juga yang dah diseru-seru tapi buat tak tau je..

Bagi saya, setiap orang pasti akan sampai serunya cuma bezanya cepat atau lambat. Jadi jangan risau sekiranya seruan masih belum kedengaran. Selagi masih belum diseru, manfaatkanlah waktu dan kelapangan yang ada. Jangan sibuk mencari-cari atau memanggil-manggil seru untuk datang. Bagi yang dah diseru pula, sambutlah seruan itu dengan baik. Jangan biar ia tertunggu-tunggu. Kemudian bertindak dengan bijak, dan jangan pula menyusahkan orang lain. Persiapkan diri bagi menempuh dugaan mendatang. Penuhkan dada dengan ilmu bagi memikul tanggungjawab dan amanah yang cukup berat. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

Ada juga segelintir yang sudah diseru berkali-kali tapi masih belum mahu bertindak. Pelbagai alasan diberikan, belum bersedia, masih muda, belum habis belajar, belum capai cita-cita, dan belum ini dan itu. Ada juga yang sudah bertindak, tapi belum dapat hasilnya. Perlu banyak bersabar, berusaha, mengadu padaNya, moga Dia akan memberi hasil yang terbaik dalam tindakannya.

Apabila kita diseru, apa pula tindakan kita???

5 comments:

Anonymous said...

Very pretty site! Keep working. thnx!
»

Anonymous said...

'tak pandai tulislah'

'tak ade idea lah'

'tak tau nak mula camana'

'tajuk apa ya'

Ini adalah jenis-jenis ayat yang pernah disebut tetapi ia berakhir dengan satu entri yang baik. Bagi saya, ia permulaaan yang tidak mengejutkan kerana bakat yang ada sudah terlalu lama dipendamkan. Kini sudah ada lapangan. Selamat maju jaya...

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Terime kasih di atas skongan, harap dapat tunjuk ajar dari semua terutama alexandaricairo...

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»