Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Tuesday, July 18, 2006

KELUAR BERSAMA

Diari Akhfash :
17 Julai 2006 - Hari ni usia saya genap 50 hari, 'walid' mengajak 'ummi' dan saya keluar bersama. Tapi saya tak tau nak ke mana. 'Walid' membersihkan saya kemudian memakaikan baju yang cantik. Baju baru yang dibelikan nenek, berlengan panjang dan bercorak. 'Ummi' pula sibuk gosok baju, maklumlah hari pertama keluar selepas melahirkan saya. Sebelum keluar, saya minta 'ummi' menyusukan terlebih dahulu. Kalau tak saya akan menangis di luar nanti. Setelah selesai menyusu, kami pun bersedia untuk keluar. Saya didukung oleh 'walid', 'ummi' pula hanya berlenggang. Sekarang giliran 'walid' pula membawa saya setelah 9 bulan 'ummi' keletihan membawa saya.

Sebenarnya ini adalah kali ke-5 saya keluar rumah. Kali pertama ketika hendak ditahniq oleh Syeikh Abdul Aziz. Kali ke-2 pula ketika hendak ditahniq sekali lagi oleh Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kitani. Kali Ke-3 ketika hendak membuat 'syahadah milad' dan kali ke-4 pula ketika saya hendak mengambil suntikan BCG. Jadi hari ni adalah kali ke-5 saya keluar. Tapi ini adalah kali pertama kami sekeluarga keluar. Selama ni saya hanya keluar bersama 'walid' sebab 'ummi' masih dalam hari.

Sebaik kami keluar, mata saya mula memandang sekeliling memerhati suasana luar. Angin bertiup agak kuat, mungkin inilah angin laut mediterenean. Kemudian kami terus berjalan sehingga kami masuk ke sebuah 'imarah'. Rupanya 'walid' membawa saya ke rumah ammu Hasri dan achik Nurul Huda yang baru saja dikurniakan puteri sulong. Namanya Siti Khadijah, sama dengan nama makcik saya yang baru darjah 3. Dapatlah saya seorang kawan. Nanti bolehlah saya bermain bersama Khadijah. Tapi 'walid' tak bagi, 'walid' kata takut ikhtilat. Usia Khadijah baru je 3 minggu, tapi saiz badannya dah hampir sama dengan saya. Cepat betul Khadijah membesar. Kami tak lama di rumah Khadijah sebab sudah hampir maghrib. Sebaik saja azan maghrib, kami pun pulang ke rumah. Inilah pengalaman pertama saya keluar bersama 'ummi' dan 'walid', seronok dapat keluar bersama. Saya harap lepas ni 'walid' akan selalu membawa saya keluar.

( p/s : Pada ammu Hasri dan achik Huda, mabruk kerana dikurniakan cahaya mata yang cantik 'Siti Khadijah'. Jagalah Khadijah baik-baik macam 'ummi' dan 'walid' jaga saya. )

1 comments:

Anonymous said...

What a great site, how do you build such a cool site, its excellent.
»