Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Friday, July 14, 2006

MALU

Kalimah "malu" atau dalam bahasa arabnya "الحياء" selalu kita dengar, tapi adalah kita tahu apa maksud sebenarnya. Hari ini saya telah mendengar khutbah mengenai wanita yang 'tabarruj', khatib mengatakan antara sebab kenapa wanita tidak menutup aurat adalah kerana tiadanya perasaan malu. Ini juga dinyatakan oleh nabi Muhammad S.A.W dalam sabdanya:

"اذا لم تستحي فاصنع ما شئت"

"Kalau engkau tidak malu, maka lakukanlah apa yang engkau mahu".

Setiap orang perlu dan wajib memiliki sifat malu. Bukan hanya malu dengan seseorang atau sesiapa saja tapi yang perlu ialah malu pada Allah S.W.T, malu untuk mengingkari suruhanNya dan malu untuk melakukan segala yang dilarangNya. Dewasa ini kita dapat lihat perasaan malu semakin terhakis dari diri masyarakat kita malahan ada yang langsung tidak memiliki perasaan malu.Maksiat dan jenayah semakin meningkat setiap tahun, malahan 10 tahun kebelakangan ini angkanya meningkat secara mendadak. Pelajar-pelajar sekolah menengah semakin berani melakukan seks di kawasan sekolah sehingga ada desas desus mengatakan setiap sekolah akan diletakkan CCTV (kamera litar tutup) di setiap sudut dan penjuru sekolah. Sebenarnya semua ini tidak perlu, yang perlu ialah menanamkan perasaan malu dalam setiap individu. Apa gunanya CCTV dipasang sedangkan perasaan malu tidak ada, apa gunanya kita malu dan mengelak dari dilihat CCTV sedangkan kita langsung tidak malu dilihat oleh 'mata' Allah. Persoalannya, di mana perginya malu kita pada Allah??.

Ada pula yang salah dalam memahami kalimah ini (malu). Ada di antara mereka yang malu dalam setiap perkara. Malu nak bertanya, malu nak menuntut ilmu, malu nak berbuat baik pada ibu bapa, malu nak keluar bersama-sama mereka, dan malu nak itu dan ini. Ada juga yang hanya malu dalam perkara-perkara ini (seperti di atas), tetapi tidak malu dalam melakukan maksiat. Kedua-duanya salah kerana malu tidak datang kecuali ia akan membawa kebaikan. Kita tidak perlu malu dalam perkara baik seperti menuntut ilmu, berjasa kepada ibu bapa dan dalam perkara-perkara baik yang lain. Ini telah ditegaskan oleh baginda Muhammad S.A.W dalam sabdanya:

"الحياء لا يأتي الاّ في خير"

"Malu tidak datang kecuali ia mendatangkan kebaikan".

( p/s : Selalu orang kata yang orang melayu ni terlampau pemalu, betul ke??? )

3 comments:

Anonymous said...

What a great site, how do you build such a cool site, its excellent.
»

Anonymous said...

Interesting site. Useful information. Bookmarked.
»

Anonymous said...

Interesting website with a lot of resources and detailed explanations.
»