Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Sunday, July 16, 2006

Palestin....Lebanon....


Palestin....negara ini tidak pernah aman semenjak Israel bertapak di sini. Pelbagai usaha ke arah pendamaian dibuat, tapi langsung tiada hasilnya. Malahan Israel semakin berani bertindak diluar batas kemanusiaan.Baru-baru ini saja kita dikejutkan dengan penculikan menteri-menteri Palestin, negara ini diserang bertubi-tubi oleh tentera Israel, pejabat kementeriannya juga diserang dan sehingga kini angka kematian telah melebihi 70 orang. Serangan ini dilancarkan hanyalah kerana seorang tentera Israel diculik oleh pejuang Palestin. Tika semua ini berlaku, umat Islam sedang dihanyutkan temasya sukan terbesar dunia PIALA DUNIA 2006. Ramai yang tidak tahu, ada juga yang tahu tapi buat-buat tak tahu, langsung tidak mempedulikannya. Semuanya hanya membuka 'ART' tanpa membuka 'Al-Jazeera'. Yang penting bagi mereka hanyalah PIALA DUNIA. Ada yang sanggup ke rumah kawan, ke 'warung-warung' untuk tidak ketinggalan menonton setiap perlawanan. Menyokong pasukan pilihan mereka, sampai ada yang menangis dan marah tatkala pasukan pilihan mereka tersingkir dari kejohanan ini. Sebaliknya membiarkan sahaja apa yang sedang berlaku di Palestin. Tidak mempedulikannya, tidak pernah menangis tatkala kanak-kanak dan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam. Di mana rasa keperihatinan kita terhadap umat seagama??

Lebanon... negara ini juga menjadi mangsa serangan terbaru Israel. Lapangan terbang, lebuhraya utama pintu masuk ke negara ini, pusat telekomunikasi, pusat bakar bahan-bahan api, perumahan awam, semuanya diserang dan dimusnahkan. Semalam seramai 18 orang terbakar hidup-hidup apabila helikopter Israel menembak sekumpulan orang awam di negara ini. Dan sehingga kini angka kematian telah melebihi 62 orang. Serangan yang tidak berperikemanusiaan ini dilancarkan hanyalah untuk membebaskan 2 tenteranya yang menjadi tawanan pejuang Hizbullah. Israel nampaknya langsung tidak mempedulikan desakan PBB. Amerika pula terus menyokong tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Negara-negara Islam ada yang hanya bersuara dan ada juga yang terus senyap. OIC pula tidak berkata apa-apa.

( p/s : Kita pula bagaimana?? Adakah kita akan terus membiarkan Israel bertindak sewenangnya?? )

4 comments:

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»

Anonymous said...

Very pretty design! Keep up the good work. Thanks.
»