KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) - Penyertaan Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2006 sama sekali tidak direstui oleh umat Islam negara ini, dakwa, Ahli Majlis Tertinggi Parti KeADILan Rakyat (PKR), Ustaz Badrul Amin Bahrom.
Tegasnya, meskipun penyertaan salah seorang rakyat Malaysia ke pertandingan tersebut diwakili oleh orang bukan beragama Islam namun ia tidak mewakili umat Islam negara ini.
“Saya percaya bukan saya seorang yang menentang bahkan seluruh umat Islam negara ini tidak reda penyertaan ratu cantik tersebut untuk mewakili seluruh rakyat Malaysia kerana Islam tidak membenarkan pertandingan tersebut dan disebabkan itu sepatutnya penyertaan negara ke pertandingan ratu cantik dinyatakan hanya bagi mewakili orang bukan Islam negara ini,” katanya yang dihubungi Harakahdaily semalam.
Dalam pertandingan Miss Universe 2006 yang akan diadakan di Los Angeles pada 23 Julai ini akan diwakili penyandang ratu Malaysia/Universe, Melissa Ann Tan.
Dalam hal ini, mengulas lanjut, Ustaz Badrul berkata, kerajaan diminta menjelaskan sama ada kerajaan berusaha untuk memelihara nilai murni yang diuar-uarkan selama ini.
Ini katanya, dalam hal lain kelihatan slogan nilai murni tidak konsisten dengan amalan kerajaan, contohnya cadangan untuk menurunkan cukai minuman keras dan mahukan masa operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga jam lima pagi yang kononnya untuk menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
“Hal ini semua termasuk pertandingan ratu cantik tidak mencermin nilai budaya masyarakat Malaysia yang disifatkan sebagai negara Islam dan penuh adat ketimuran,” katanya.
Malah katanya, sekiranya ini yang berlaku ia menggambarkan Islam Hadhari yang disebutkan kerajaan lambat laun akan menghakis nilai Islam dalam diri umat Islam.
“Ini juga menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) kurang berminat untuk mengekal nilai Islam sebenarnya” dakwanya lagi.

1 comments:
Really amazing! Useful information. All the best.
»
Post a Comment