Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Thursday, July 13, 2006

SELAMAT PENGANTIN BARU

"بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير وعلى خير"

KAHERAH, 13 Julai 2006 - Hari ini ialah hari pernikahan seorang lagi rakanku sepenerbangan sewaktu ke sini dahulu, Ustazah Mardiana Ismail dengan Ustaz Zulkarnain. Dia memilih hari ini sebagai hari pernikahannya bersempena ulangtahunnya yang ke-24. Biasalah, setiap orang akan memilih tarikh, masa dan hari yang baik untuk hari yang bermakna ini yang mungkin hanya sekali dalam hidup. Begitu juga bagiku sewaktu memilih hari pernikahan dahulu, aku memilih 10 Muharram sebagai hari bersejarah dalam hidupku. Kakakku pula memilih 1 Syawal sebagai hari pernikahanan mereka. Aku percaya setiap orang pasti akan memilih tarikh yang terbaik buat mereka.
Apapun, di sini aku beserta zaujah dan 'Ahmad Akhfash' ingin mengucapkan TAHNIAH kepada pasangan mempelai 'Us. Zulkarnain & Ustz. Mardiana'..Semoga kalian kekal bahagia buat selamanya.. Semoga kalian dapat melahirkan zuriat yang akan menjadi pejuang agama Allah kelak..Amiin. Dan buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang lain, bila lagi nak mengikut jejak langkah kami?? Kami sedia membantu. Untuk urusan pentaqdiman, liqo' dsb sila hubungi kami di talian 0103669127 atau email saja di bathal7@yahoo.com dan kalau susah2 sangat datang saja ke rumah kami :)

3 comments:

Anonymous said...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»

Anonymous said...

Here are some links that I believe will be interested

Anonymous said...

Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»