Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Tuesday, July 11, 2006

BIDAYAH

Hari ini ialah hari pertama aku membuat blog.Semua ini atas desakan serta ajaran sahabatku Mohd Zaki Md. Noor.Sebenarnya dah lama Zaki menyuruhku membuat blog, tapi aku katakan padanya "nantilah tunggu anakku lahir". Pada tanggal 27 Mei 2006 anakku selamat dilahirkan oleh isteri tersayang Norazizah Suneiy. Setelah anakku selamat dilahirkan, aku bercadang ingin membuat blog tetapi tertangguh kerana kesibukan dan kegembiraan menyambut kelahiran putera sulong tambahan pula menjelangnya "Piala Dunia 2006" yang amat dinanti-nantikan oleh semua penggemar bola sepak.

9 Julai 2006, selesailah sudah "Piala Dunia" dengan kemenangan pasukan bukan pilihan Italy. Semasa perlawanan akhir, aku menyokong Perancis. Bukan kerana aku meminati pasukan ini, malahan pasukan ini juga bukan pasukan pilihanku. Aku menyokong Perancis kerana ada di antara pemainnya yang beragama Islam. Tetapi ada di antara kawan-kawanku yang mahukan Perancis kalah dek kerana geram kepada pasukan ini selepas mereka berjaya mengalahkan juara bertahan Brazil. Apapun Perancis telah dikalahkan oleh Italy dalam perlawanan akhir "Piala Dunia". Berakhirnya "Piala Dunia" ini juga bererti berakhirlah karier Zainudin Zidane sebagai pemain bola. Pengakhiran yang amat menyedihkan kerana beliau dilayangkan 'kad merah' di perlawanan akhir sekaligus menamatkan kariernya sebagai pemain bola sepak. Biarpun begitu beliau tetap menerima anugerah sebagai pemain terbaik "Piala Dunia 2006", dan nama beliau tetap terpahat sebagai antara lagenda bola sepak selepas Pele dan Maradona.

Apapun ia tidak penting bagiku, yang penting sekarang aku mesti menunaikan hasratku yang ingin membuat blog. Hari ini adalah masa dan harinya, kebetulan hari ini Zaki datang ke rumahku kerana ada sedikit urusan :) Aku memintanya untuk mengajarkan aku membuat blog, maka lahirlah blog yang tak seberapa ini. Moga kawan-kawan dapat memberi tunjuk ajar buat diri yang masih lagi ber'tatih' dalam bidang ini.

1 comments:

Anonymous said...

Luqman kata :
Hari ini adalah masa dan harinya, kebetulan hari ini Zaki datang ke rumahku kerana ada sedikit urusan :)

Zaki kata:
Apa urusannya. Saja ziarah dan menyedut sedikit maklumat