Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Thursday, July 20, 2006

'IA' KEMBALI LAGI

PANGANDARAN 19 Julai (Abu Akhfash Online) - Tidak sampai 2 tahun 'ia' pergi, kelmarin kita dikejutkan semula dengan kedatangan'nya' . Walaupun ahli saintifik dan pengkaji menyatakan yang 'ia' cuma datang sekali dalam se-abad, tapi ternyata kenyataan ini tidak mampu menghalang Allah untuk mendatangkan'nya'. Walau bagaimanapun, kali ini 'ia' datang dengan susuk tubuh yang kecil berbanding kedatangan'nya' pada akhir 2004 yang telah meragut lebih 200 ribu nyawa.

Kali ini 'ia' datang bersama gegaran bersekala Richter 7.7 lalu menyerang dan menghempas kawasan pantai sepanjang 180 kilometer di Jawa Tengah dan Jawa Barat yang mana kawasan ini tidak sempat didatangi'nya' pada kedatangan'nya' di akhir 2004 yang lalu. Sehingga semalam 'ia' telah meragut sekurang-kurangnya 550 nyawa, dan disenarai telah menghilangkan lebih 280 orang manakala telah mencederakan 700 mangsa. Angka ini amat kecil berbanding angka yang dicatatkan pada kedatangan'nya' yang lalu.

Walaupun kali ini 'ia' cuma datang di dua tempat, tapi tidak mustahil pada masa akan datang 'ia' akan mendatangi tempat-tempat yang belum didatangi'nya'.

1 comments:

Anonymous said...

I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»