AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN,
Segala dukacita patik khabarkan buat Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat pada hari Jumaat, 22 Januari 2010.
Patik berdoa, moga roh Almarhum ditempatkan di kalangan hamba yang beriman dan bertakwa.
Ampun tuanku.
****
Saya menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar Setelah 1o hari Almarhum dimakamkan. Unit saya diamanahkan untuk merakamkan gambar dari awal istiadat pengebumian Almarhum sehingga selesai. Kami juga perlu merakamkan gambar-gambar para VIP yang hadir menziarahi makam Almarhum selepas pengebumian.
Hari ini makam Almarhum diziarahi oleh isteri pertama Almarhum yang juga merupakan BONDA Sultan Ibrahim. Saya amat yakin bahawa hampir seluruh rakyat Johor khasnya dan rakyat negeri lain amnya tidak pernah melihat wajah Bonda Sultan.
Moga rakyat akan lebih mengenali Bonda Sultan Ibrahim selepas ini.
Tambahan :
- Saya sempat menziarahi makam anak saudara sebelum ketibaan Bonda Sultan ...

0 comments:
Post a Comment