Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Monday, January 25, 2010

HADIR CUMA SEKETIKA ...

"Tahniah, isteri awak selamat melahirkan seorang puteri". "Tapi... keadaan bayi awak agak kritikal"...


Selang beberapa jam, "bayi awak semakin tenat"...

"Maaf encik, puan.. bayi kalian sedang menunggu saat untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir".... "Inna lillahi wa inna ilaihir raji'uun".

Inilah mungkin antara kata-kata yang ditujukan daripada jururawat kepada adik saya, Faidhul Khabir atau "Edul". Saat-saat terakhir Edul bersama Zana hanya mampu melihat bayi mereka, menunggu nadinya berhenti. Segala kudrat telah dilakukan dan ternyata Allah hanya memberinya nyawa buat seketika.

Dilahirkan pada jam 5.20 pagi 20 Januari 2010 dan kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 pagi keesokan harinya. Hanya lebih kurang 30 jam 10 minit puteri ini diperlihatkan oleh Allah kepada ibu dan bapanya. Lahir selepas ibu mengharungi situasi sukar pada rahim kandungan. Mungkin ini antara sebab bayi comel ini tidak mampu bertahan lama.

Apabila dimaklumkan bahawa bayi ini semakin tenat, saya terus meninggalkan pejabat dan ke hospital. Hospital hanya terletak bersebalahan bangunan pejabat saya. Setiba di hospital, Edul sedang mengusung isterinya, Zana dengan kerusi roda. Membawa Zana melihat anak mereka kerana bimbang tidak sempat meratap wajah puteri kelahirannya. Hanya beberapa minit selepas itu, puterinya sudah tidak lagi bernyawa.

Pastinya kehadirannya dan kehilangan puteri comel ini memberi satu kesan yang mendalam pada diri Edul dan Zana. Hanya seketika dia hadir. Dipinjamkan untuk sementara. Diberi nyawa tetapi tidak sempat melihat dunia. Malah tidak sempat melihat wajah ibu dan bapanya.

Saya hanya mampu bersimpati, memberi semangat dan pertolongan. Mendoakan agar Edul dan Zana cekal mengharungi kehilangan puteri tersayang. Saya tidak pernah menghadapinya. Mana mungkin saya dapat rasai apa yang kalian rasakan. Tapi tatkala mengenangkan wajah puteri comel ini pasti kesedihan akan hadir pada jiwa saya. Jika saya dapat rasa kesedihannya, ibu bapanya pasti lebih merasakannya. Tak mampu untuk saya gambarkan.

Edul dan Zana, "dari-Nya kita hadir dan kepada-Nya juga lah kita akan kembali". Moga kalian tabah mengharungi kehilangan ini. Puteri ini tidak sempat melihat wajah kalian tapi yakinlah bahawa hubungan kalian tidak akan terputus di sini. Beruntunglah kerana puteri kalian telah menjadi wakil keluarga di syurga Allah S.W.T.

MOGA FARAFISYA NAILA AKAN MEMBERI SYAFAAT KEPADA KEDUA IBU BAPANYA DI AKHIRAT NANTI.

Allahumman amiiin...

3 comments:

zal.kidal said...

al-fatihah,
terharu bila membaca. semoga Allah memberikan ketabahan kepada keluarga mereka.

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Akan lebih terharu jika melihat wajah bayi ini. Sangat comel...

Moga Allah beri ketabahan buat zana & "edul" yang sangat lembut hatinya. Mudah menangis tatkala memikirkan bayinya. Memang edul seorang yang berhati lembut.

Ya Allah, hadirkanlah kepada mereka KETENANGAN :((

Haslina Mohamad said...

Al-Fatihah..
salam takziah, sungguh terharu membaca entri ini..

Tapi yg pasti, arwah sudah menjadi penghuni syurga dan akan menunggu kedua ibu bapanya.Ubati hati dgn ingat kepada mati.Kita juga akan ke sana.Tapi tempatnya belum tahu lagi.Hanya kasih sayang Allah yg menyelamatkan dan kita sbagai hamba hny mampu berusaha menggapai redha ilahi....Wallahu'alam...

Moga Allah beri ketabahan kepada ibu dan bapanya..

Haslina