Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Semalam 5 Februari 2010, telah berlangsung Majlis Perjumpaan YAB PM bersama Ulama' Dan Umara'. Majlis ini bermula jam 9.00 pagi - 5.30 petang.

Dari kiri : Prof. Dato' Dr. Ismail b. Ibrahim, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir b. Baharom, Dato' Wan Mohamad b. Dato' Sheikh Abdul Aziz.

Gambar ini dirakamkan oleh Dato' Wan Mohamad.
Blur ... Mungkin kerana Dato' Wan tak biasa menggambar, hanya biasa digambar dan bergambar.

Rombongan Majlis Agama Islam Negeri Johor bergambar bersama Dato' Wan Mohamad, Ketua Pengarah JAKIM.

Saya dan rombongan solat Jumaat di Masjid Putrajaya. Seusai solat ketika kami sedang menunggu 'Pilot', Pak Lah hadir dan bersalaman dengan saya. Kemudian ...

Saya hanya ingin merakamkan gambar Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein daripada jauh.
Tapi, tiba-tiba beliau menuju ke arah saya ...


"Meh² sini kita bergambar", kata beliau.
Dato' Seri yang ingin bergambar bersama saya, bukan saya :)


Semua gambar di atas dirakamkan di luar majlis ini. Saya akan menulis berkaitan isi majlis pada entri akan datang. Pelbagai input yang baik telah disampaikan oleh ahli panel dan isu 'panas' ketika sesi Dialog PM bersama Ulama' dan Umara'. Sesi dialog diadakan secara tertutup, seluruh media diarah untuk meninggalkan dewan. Tapi 'media' MAIJ masih kekal di dalam.

Moga saya mampu menulis yang terbaik untuk tatapan sahabat-sahabat di luar. Nantikan ...

0 comments: