
Kata-kata ini memang benar, tiada yang mampu menafikannya. Mungkin kerana inilah terasa blog Akhfash.CoM ini amat lesu berbanding blog-blog yang lain. Memang saya di antara mereka yang kurang berjalan, bersiar ataupun mengembara. Ini sekali gus menyebabkan kurangnya kemampuan untuk mengisi dan menulis posting yang terbaik di sini. Kurangnya keterlibatan dalam persatuan juga menyebabkan saya kekurangan idea untuk menulis berbanding sahabat-sahabat yang aktif dalam persatuan.
Afais.blogspot, typeace.blogspot, kalam-ummah.blogspot…penulis tiga blog adalah di kalangan mereka yang agak kerap berjalan dan tidak dapat dinafikan keterlibatan dan keaktifan mereka dalam berpersatuan. Mungkin inilah yang menyebabkan blog-blog ini amat menarik berbanding blog saya. Maka memang benarlah kata "Jauh perjalanan luas pandangan dan pengetahuan." Tetapi kekurangan ini tidak sesekali menyebabkan saya untuk mengabaikan isi kandungan blog ini. Sedikit pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki ingin juga untuk dikongsi bersama pembaca. Biarlah kita memiliki ilmu yang sedikit asalkan ia dipraktikkan dan disampaikan daripada kita memiliki ilmu yang menggunung tinggi tetapi tidak dimanfaatkan pemiliknya dan orang di sekitarnya.
Petang semalam, saya ke Sidi Gaber kerana sedikit urusan. Sesiapa yang ingin ke sana biasanya memilih kereta api sebagai pengangkutan, lebih cepat dan tiada kesesakan lalu lintas tetapi hal keadaan ini terkadang berubah. Hampir satu jam saya menunggu kereta api dari Asofirah, apabila lama menunggu pastilah menyebabkan jumlah penumpang yang akan menaiki kereta api akan bertambah. Setelah lama menunggu, akhirnya pengangkutan ini sampai. Semua orang berpusu-pusu untuk menaikinya, syukurlah saya dapat duduk walaupun ruangan untuk saya duduk itu amat sempit. Perjalanan ke Sidi Gaber akan melalui enam perhentian sebelum sampai ke destinasi.
Di setiap perhentian pasti ramai penumpang yang naik dan ini menyebabkan kereta api semakin sesak dengan penumpang. Walaupun saya dapat duduk, tetapi hati ini tidak pernah tenang tatkala melihat wanita yang sudah berusia dan keletihan berdiri di depan saya. Hasrat di hati memang ingin memberikan tempat duduk ini kepada ablah-ablah yang keletihan berdiri tetapi apabila memikirkan ruang yang saya duduk ini amat sempit, hasrat ini saya tangguhkan. Kelihatan seorang ablah yang sangat keletihan, raut wajahnya menandakan yang memang dia perlukan tempat duduk. Air matanya hampir mengalir. Hati ku sekali lagi memberontak dan meminta agar saya memberikan tempat duduk ini kepadanya. Ternyata hasrat ini sekali lagi tidak tertunai kerana memikirkan ruang ini sangat sempit dan dihimpit oleh dua lelaki. Rasanya tidak elok seorang perempuan duduk dan dihimpit oleh dua lelaki.
Selepas melalui tiga perhentian, ablah itu akhirnya dapat duduk. Hati saya sedikit lega melihat raut wajahnya kembali normal. Hal ini tetap tidak menenangkan hati tatkala melihat mereka yang lebih memerlukan untuk duduk berdiri. Wanita, orang tua dan sakit, mereka lebih patut duduk berbanding saya. Satu lagi perhentian untuk sampai ke Sidi Gaber, ruang duduk saya agak selesa berbanding sebelumnya. Saya memberikan ruang ini kepada ablah di hadapan. Tetapi saya masih rasa bersalah kerana tidak dari awal memberi tempat duduk saya kepada yang sepatutnya. Saya harap perkara ini tidak berulang lagi.
Jangan sesekali kita merasa selesa duduk sedangkan di hadapan kita masih ada yang lebih memerlukan keselesaan itu. Bayangkan kalaulah ibu, nenek atau saudara kita berada di tempat mereka. Adakah kita akan membiarkan mereka keletihan berdiri sedang kita duduk dengan selesa. Berbaktilah walau sedikit dan cuba tanamkan dalam diri sikap ithar ايثار seperti yang telah diingatkan oleh Allah S.W.T :
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung
-
*ULASAN PIRANE NS*
TAHNIAH buat BN dan PN kerana berjaya merampas Negeri Sembilan daripada
PH-BN? Mungkin ramai tidak sedar kejayaan BN itu merampas haknya...
1 day ago














2 comments:
syeikh susah sungguh nak ader sifat ithar dalam diri kita melainkan dah jd tabiat daripada kecil....dah berumur baru nak belajar ithar memang payah banyak kena push dalam hati..kadang2 dibandingkan dengan mak kita baru ader rasa nak beramal ithar...kalau tak mampu nak berkorban,cukuplah kita doakan supaya dia mendapat kekuatan dan kesihatan...oh ya..mana2 yang ader anak masih kecil cuba latih mereka bersifat ithar supaya jadi tabiat..kalau ader org minta sedekah,bagi duit kat anak suruh dia bagi...umur yg perlu mula diajar ialah ketika umur 2 thun hingga 12 thun kerana waktu trsebut mudah menjadi tabiat..ok
daripada Abu Daud
Iye...mmg susah untuk melatih sifat dan tabiat ithar tatkala sudah besar tapi ia ttap tidak mustahil..Malah jika kita tgok para shabat Rasulullah S.A>W mereka bersifat ithar walaupun tika mereka memeluk agama Islam dlm usia yg sudah lanjut. Ini membuktikan ia tidak mustahil cuma mmg benar ia payah jika dibandingkan jika dilatih dan dididik dari kecil bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya"..
Wallahu A'lam
Post a Comment