Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Thursday, August 23, 2007

Blogger, namanya kian dikenali

Blogger, nama ini amat dikenali ketika ini. Dulunya hanya segelintir sahaja yang mengenalinya dan ramai yang tidak mengendahkan kewujudannya. Tetapi kini, ia sudah dikenali semua bahkan beberapa pimpinan kerajaan takut dan gerun akan kewujudannya.

Di sini saya ingin mengulas beberapa keratan akhbar mengenai blogger yang amat heboh pada minggu ini. Pertamanya kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Taib dan Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa penulis blogger pengecut. Kenyataan ini sudah dijawab dengan cukup kemas oleh beberapa sahabat saya, antaranya penulis aisaralex.blogspot.com. Malah kenyataan ini telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyataan bahawa arus blogger ini seperti arus air sungai, kalau ia disekat ia akan melimpah dan mencari bahagian atau kawasan lain untuk dilalui. Begitu jugalah fitrah manusia yang inginkan kebenaran dan keadilan. Jika satu saluran untuk bersuara disekat maka manusia akan menggunakan saluran lain untuk bersuara dan antara saluran ini ialah melalui blogger. Malah bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir juga menyatakan yang satu-satunya saluran yang ada hanya blogger. Maka tidaklah digelar pondan atau pengecut kepada penulis-penulis blogger kerana mereka inginkan kebenaran bahkan kita patut katakan pengecut dan pondan ini kepada mereka yang menutup saluran yang ada bagi menghapuskan kesalahan mereka.

Namun kita perlu akui kemampuan laman web dan blogger ini amat terbatas. Ini turut dinyatakan oleh A Kadir Jasin :

"Sebaran dan liputan blog masih terhad kepada kawasan bandar dan di kalangan masyarakat kelas menengah. Penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan sederhana dan rendah, yang berupa majoriti daripada pengundi, masih tersisih.

"Selain itu adalah tidak mustahil unsur-unsur sabotaj digunakan untuk menyekat sebaran dan tebaran maklumat berasaskan internet, terutama menjelang pilihan raya. Misalnya, pembekal jaringan internet yang dikuasai pemerintah seperti Telekom dan Mimos boleh dikenakan tekanan agar menyukarkan komunikasi internet," tulisan Kadir dipetik.-Az

Oleh yang demikian penulis-penulis blogger tidak boleh hanya berpuas hati dengan hanya menyatakan kebenaran di blog mereka, bahkan mereka perlu untuk memikirkan 1001 cara lain agar kebenaran ini sampai kepada semua golongan masyarakat sama ada kelas rendah, menengah atau tinggi, sama ada mereka yang berada di saluran satu, dua atau tiga. Kebenaran ini perlu sampai agar semua golongan sedar akan hakikat siapakah yang sebenarnya menegakkan kebenaran dan keadilan, dan siapa pula yang hanya tahu melakukan kesalahan dan menyalahgunakan amanah yang diberi. Moga kita semua terus thabat dalam menegakkan yang hak dan menghapuskan yang batil.

Wallahu A'lam.

0 comments: