Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Wednesday, August 15, 2007

400 hari...



Hari ini usia blogku sudah mencecah 400 hari, walaupun usia ini hanya layak digelar bayi tetapi bayi seusia ini sudah bisa bertatih, berjalan dan sudah tidak lagi mengesot atau merangkak. Tatkala ini sudah ramai sahabat-sahabat yang memiliki blog sendiri, terasa diri ini amat kerdil di alam blog ini berbanding sahabat-sahabat yang lain.

Masih teringat ketika pertama kali menceburkan diri di alam blogger ini. 11 Julai 2006 merupakan tarikh blog ini ditubuhkan dengan entri pertamanya 'buah cempedak di luar pagar'. Idea supaya menceburkan diri ke alam ini tercetus atas desakan seorang sahabat sefakulti, saudara Mohd Zaki M. Noor. Beliau telah banyak membantu dan mengajarkan saya mengenai blogger. Bahkan beliau jugalah yang mengajarkan saya asas-asas kemahiran komputer, adobe photoshop dan beberapa perkara berkenaan software dan hardware. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada beliau.


Tika ini, saya sudah mampu bertatih sendiri walaupun tidaklah sehebat sahabat-sahabat lain. Diharap agar semua pembaca akan terus menyokong blog ini dengan memberikan kritikan serta komen-komen yang membina. Buat sahabat-sahabat yang telah dan akan menceburkan diri di alam blogger ini, teruskan menulis dan menyebarkan dakwah di dunia cyber ini. Gerakkan jari-jemari anda untuk memartabatkan agama Allah di muka bumi ini.

Terima kasih untuk semua pembaca.

0 comments: