Kita sering mendengar berita tentang kematian, setiap hari ianya pasti berlaku. Seminggu lalu kita semua terutamanya pelajar-pelajar Al-Azhar dikejutkan dengan berita kematian Mohammad bin Ishak yang mati ditikam dan ditetak beberapa kali. Ramai sahabat-sahabat yang telah meyebarkan berita kematian ini samada melalui YM, laman web, blogger dan di pelbagai ruangan lain. Tidak kurang juga yang mengulas mengenai kemalangan ini dan membincangkannya melalui forum samada secara formal seperti di laman-laman web, ataupun secara tidak formal seperti di syaqah-syaqah atau di kaki-kaki
Mungkin bak kerana kemalangan seperti ini jarang berlaku di bumi anbiya' ini maka ia menjadi bahan bualan dan perbincangan harian di sini walaupun telah seminggu terjadi. Padahal, kemalangan dan kes pembunuhan seperti ini selalu kita dengar di berita-berita dan akhbar tanah air seakan-akan seperti kejadian biasa. Bagi saya, kejadian pembunuhan seperti ini memang amat mengejutkan. Di pagi hari teakhir peperiksaan, saya mendapat berita tentang pembunuhan ini. Ini merupakan kali kedua pelajar
Dua kejadian pembunuhan yang berlaku ini menjadikan diri saya bertambah risau mengenai keselamatan di sini terutama keselamatan isteri dan anak. Sebelum ini kita sering menjaga keselamatan diri daripada masyarakat arab yang berada di sini, tapi kali ini kita juga perlu menitik beratkan keselamatan dari setiap sudut dan bukan hanya dari satu sudut. Dan satu yang perlu kita ingat, kematian itu adalah pasti. Walau bagaimanapun keselamatan diri dijaga, ia pasti akan datang mengundang. Allah S.W.T telah berfirman :
"
Oleh itu, persiapan untuk menemuinya perlu dilakukan dari awal. Ajal itu pasti samada kedatangannya dapat dirasai atau secara tiba-tiba.














0 comments:
Post a Comment