
Boikot Israel ??? Ayat ini sering didengar, ia sering dituturkan oleh sebahagian pelajar Universiti Al-Azhar. Persoalannya bukan berapa kali ia dituturkan tetapi yang menjadi persoalan, sejauh mana ia dipraktikkan ???
Sedikit pengalaman yang ada ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat di sini, moga menjadi iktibar kita bersama. "Boikot Israel atau Yahudi", bukan pertama kali kita dengar dan melihat ayat ini. Sudah banyak kempen biah solehah baik diperingkat PMRAM mahupun diperingkat BKAN dan DPM dilaksanakan, tapi sejauh mana ia membawa kesan pada diri dan sanubari kita.
Ini adalah jenama terbaik, makanan dan minuman ini yang paling sedap, ubat ini yang paling mujarab, pasaraya dan barangan inilah yang termurah, alasan-alasan ini sering kedengaran dari bibir sahabat-sahabat kita. Lebih menyedihkan lagi, yang menuturkan alasan-alasan ini adalah dikalangan mereka yang menganjur kempen ini. Bukan ingin menuding jari kepada sesiapa, tapi sekadar renungan dan iktibar buat diri kita.
Nokia, merupakan jenama atau brand nombor satu telefon bimbit. Pelbagai alasan yang diberikan tatkala ditanya kenapa memiliki telefon bimbit jenama ini. KFC atau nama panjangkan Kentucy Fried Chicken, ia sering dikunjungi oleh mahasiswa kita dengan alasan tiada ayam goreng restoran lain yang lebih enak daripada di sini. Tahukah kita apakah kandungan dan ramuan ayam yang menyebabkan rasanya enak dan lazat di setiap cawangannya di seluruh dunia?
Carrefour, salah satu hypermarket terbesar dan terdapat di seluruh dunia. Tidakkah kita pernah membeli dan makan-makan di sana? Tidak adakah pasaraya lain yang boleh kaki kita melangkah. Pampers dan Baby Johnson dikatakan jenama terbaik bagi si comel yang baru melihat dunia. Sedangkan di sana terdapat pelbagai alternatif lain buat si manja. Apa kurangnya Finies dan barangan bayi NuNu? Malahan dua barangan ini lebih murah berbanding 2 jenama sebelumnya.
Jika hanya kerana ingin kelihatan sihat, bergaya, cantik dan hanya kerana ingin menikmati makanan dan minuman yang enak dan lazat hinggakan kita sanggup menyokong barangan Israel dan Yahudi. Ternyata sempitlah pemikiran kita. Kita seronok merasai dan menikmati barangan ini sedangkan di waktu yang sama saudara seagama kita dibunuh, dirogol dan dianiaya di Palestin, Lubnan, Iraq dan Afghanistan.
Memadailah kita tidak dapat berjuang bersama mereka , tapi jangan sesekali kita menyumbang untuk menghancur dan membunuh saudara seagama.
RENUNGKANLAH…
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung
-
*ULASAN PIRANE NS*
TAHNIAH buat BN dan PN kerana berjaya merampas Negeri Sembilan daripada
PH-BN? Mungkin ramai tidak sedar kejayaan BN itu merampas haknya...
1 day ago














2 comments:
Assalamualaikum..
Good blog akh..maaf ya saya guna manglish (malay english) sebab bahasa melayu tak elok.
In my blog 360- the same thing happen..we malaysian is like sooo fardi-fardi.Sometimes i feel ashame to the convert from US, Aust..when they embraced Islam..is like they tottaly in Islam.And if they would boikot israel..they would do so..TOTAlly man.
Thanks for visiting.Please give a view if i make any mistake.
Waalaikumussalam...
Blog ini hanya biasa.. Saya tak kisah jika awak tulis dalam bahasa inggeris..Insya-Allah saya faham cuma kurang mahir untuk menulis dalam bahasa inggeris takut lari maksudnya..
Memang ramai yang mengetahui mengenai boikot ini dan ramai juga yang menyokong kempen ini, tapi yang menjadi masalah tidak ramai yang betul-betul melakukan. Bila melibatkan kepentingan peribadi, pelbagai alasan yang diberi walaupun banyak lagi barangan alternatif lain untuk dibeli.
Coke, Pepsi, Starbuck, KFC, Mac D, Pampers, Johnson, Nokia dan pelbagai lagi jenama barangan Israel yang lain memang kita akui adalah jenama yang terbaik. Tapi apalah salahnya berkorban sedikit untuk kepentingan saudara seagama kita.
Harap semua pembaca dalam memikirkannya dan bertindak dengan waras.
Wallahu a'lam...
Post a Comment