Pernah saya terbaca entri diblog kawan yang menceritakan dia menjawab satu ayat yang menarik perhatian saya apabila dia ditanya tentang hukum ASB, ayatnya berbunyi "Saya tidak tahu" atau dalam bahasa arab yang biasa digunakan apabila tidak tahu akan sesuatu hukum itu dengan menyebut "الله أعلم" .
Ayat
ini nampak mudah untuk disebut tapi hakikatnya ia amat payah terutama bagi mereka yang sudah berkedudukan dalam masyarakat, contohnya apabila seseorang itu bergelar Imam, Ustaz, Ustazah dan sebagainya. Mereka akan berasa malu untuk menyatakan "saya tidak tahu" apabila ditanya tentang sesuatu hukum. Inilah yang biasa saya tegaskan setiap kali saya mula mengajar, terutamanya kepada murid. Pengalaman mengajar sebuah surau di
Kenalkah kita siapa Imam Malik r.a?? Mesti kita semua kenal akan beliau.. Pernah satu hari beliau ditanya oleh seorang lelaki yang datang dari jauh tentang 40 soalan dan Imam Malik r.a cuma hanya menjawab 6 soalan dari 40 soalan yang diajukan. Kemudian lelaki itu bengang kerana Imam Malik hanya menjawab sedikit sedangkan lelaki itu sanggup datang dari jauh untuk Imam Malik menyelesaikan kesemua masalah itu. Lalu Imam Malik dengan tegasnya menjawab " Kau ingat aku ni gila, boleh jawab kesemua soalan yang kau berikan? ".. Inilah contoh sikap seorang yang amanah dengan ilmunya, walaupun pada ketika itu beliau merupakan orang yang paling alim di Hijjaz dan mungkin di seluruh dunia berkenaan Islam dan merupakan seorang Imam tapi beliau sedikit pun tidak segan silu menyatakan yang beliau tidak tahu.
Imam Malik r.a sering ditanya berkenaan masalah hukum, dan setiap kali beliau ingin menjawab atau mengeluarkan fatwa badan beliau akan menggigil. Perkara ini pernah ditanyakan oleh muridnya kepada beliau, "Imam, kenapa setiap kali engkau ingin mengeluarkan fatwa badan kamu menggigil?". Beliau menjawab, "Setiap kali aku ingin mengeluarkan fatwa, aku berasa seolah aku berdiri di antara syurga dan neraka. Kalau aku benar dalam mengeluarkan fatwa maka aku akan masuk syurga dan jika salah maka aku akan jatuh ke dalam neraka." Sikap inilah yang perlu ada pada diri setiap orang terutamanya mereka yang berkedudukan dalam masyarakat, Doktor, Dato', YB, Ustaz dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnnya memberikan jawapan pada perkara yang tidak diketahui kerana kelak ia akan menyesatkan masyarakat. Lebih baik mengatakan " saya tidak tahu, والله أعلم " daripada memberikan jawapan yang akan membinasakan banyak pihak. Fikirkanlah dan renunglah kata-kata ulama' yang berbunyi " زلّة العالـم تزلّ بهـا العالَـم" , "Tergelincirnya seorang ulama' maka akan tergelincirlah seluruh dunia". Wallahu A'lam.














2 comments:
Askum...Bagus Lokman...Teruskan perjuanganmu..Banyakkan lagi ruangan semacam ini...Jazakallahu kairan kasira
Wslm...terime kasih atas sokongan dan galakan...Doakan diri ini thabat..Berkunjunglah lg ye :)
Post a Comment