Alhamdulillah, kami sekeluarga memanjatkan, merasakan dan mengucapkan teramat syukur kepada Allah SWT di atas anugerah agung ini.
Tanggal 9 Julai 2010, Jumaat jam 4.37 pagi, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang puteri comel seberat 3.2 kg di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Seawal bulan Julai kami menanti kelahirannya kerana tarikh jangkaan kelahiran adalah pada 1 Julai 2010. Saya ada berharap agar bayi ini akan lahir pada 4 Julai bersamaan tarikh lahir saya, tapi ternyata masih belum muncul tatkala hari keempat bulan ini tiba.
Hari demi hari berlalu, sudah seminggu melewati tarikh jangkaan. Doktor dan juru rawat meminta untuk pergi dan berada di hospital kerana kandungan sudah lebih hari. Tapi atas beberapa faktor, kami tetap berdegil untuk tidak ke hospital sehingga tanda-tanda hampir bersalin kelihatan. Memikirkan anak-anak, Abang dan Kakak membuatkan kami terus berada di rumah tanpa ke hospital.
'Ala kulli hal, syukur kami pada Maha Pemberi atas keselamatan kurniaan ini. Hanya dengan kuasa-Nya bayi kami selamat tiba di alam dunia. Kami amat bersyukur lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ujian yang Allah beri kepada adikku, Faidhul Khabir. Saya melihat sendiri kematian anaknya yang hanya diberikan tempoh usianya satu hari oleh Allah SWT. Moga adikku dan isterinya sentiasa tabah dengan ujian ini.
Hari ini genap lapan hari usia puteri kami. Atas petunjuk dan ilham daripada Allah SWT, juga bertepatan namanya yang telah
tertulis di Luh Mahfuz kami namakan puteri kurniaan-Nya ini dengan nama AUFA FARHANA BINTI LUQMANUL HAKIM. Kalimah AUFA telah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebanyak empat kali. AUFA di dalam tiga surah dikaitkan Allah dengan kalimah Al-'Ahdu (perjanjian) yang membuatkan AUFA ini bermaksud berpegang setia dan bersifat sempurna pada janji. Manakala di tempat keempat kalimah AUFA pula adalah pada surah An-Najm ayat 41. Di sini Allah mendatangkan kalimah AUFA selepas Al-Jaza' (balasan). AUFA di sini membawa maksud kesempurnaan. Allah akan membalas setiap kebaikan di akhirat nanti dengan pembalasan atau ganjaran yang AUFA, yakni sempurna. FARHANA pula bermaksud keriangan dan kegembiraan. Ia menggambarkan kegembiraan kami dikurniaan puteri ini, juga keriangannya bertemu ummi dan walidnya. Moga semua manusia turut sama bergembira dengan kelahiran puteri kami ini.
AUFA FARHANA, jadikanlah dirimu Sang Setia terhadap janji yang telah kamu meteraikan di alam roh tatkala Allah SWT bertanya kepadamu "Alastu bi rabbikum? (bukankah Aku ini tuhanmu)" dan kamu menjawab "Balaa (Ya)". Buatkanlah agar semua manusia gembira dan riang dengan kehadiranmu di dunia ini. Dan yang teramat penting, Allah dan Rasul-Nya bergembira ketika dirimu dijemput oleh-Nya kelak. Gembira dengan kesetiaan dan kesempurnaanmu wahai puteriku AUFA FARHANA.
Doakan kesejahteraan puteri ini di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas doa kalian.
Alhamdulillah...
Tanggal 9 Julai 2010, Jumaat jam 4.37 pagi, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang puteri comel seberat 3.2 kg di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Seawal bulan Julai kami menanti kelahirannya kerana tarikh jangkaan kelahiran adalah pada 1 Julai 2010. Saya ada berharap agar bayi ini akan lahir pada 4 Julai bersamaan tarikh lahir saya, tapi ternyata masih belum muncul tatkala hari keempat bulan ini tiba.
Hari demi hari berlalu, sudah seminggu melewati tarikh jangkaan. Doktor dan juru rawat meminta untuk pergi dan berada di hospital kerana kandungan sudah lebih hari. Tapi atas beberapa faktor, kami tetap berdegil untuk tidak ke hospital sehingga tanda-tanda hampir bersalin kelihatan. Memikirkan anak-anak, Abang dan Kakak membuatkan kami terus berada di rumah tanpa ke hospital.
'Ala kulli hal, syukur kami pada Maha Pemberi atas keselamatan kurniaan ini. Hanya dengan kuasa-Nya bayi kami selamat tiba di alam dunia. Kami amat bersyukur lebih-lebih lagi apabila mengenangkan ujian yang Allah beri kepada adikku, Faidhul Khabir. Saya melihat sendiri kematian anaknya yang hanya diberikan tempoh usianya satu hari oleh Allah SWT. Moga adikku dan isterinya sentiasa tabah dengan ujian ini.
Hari ini genap lapan hari usia puteri kami. Atas petunjuk dan ilham daripada Allah SWT, juga bertepatan namanya yang telah
tertulis di Luh Mahfuz kami namakan puteri kurniaan-Nya ini dengan nama AUFA FARHANA BINTI LUQMANUL HAKIM. Kalimah AUFA telah disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebanyak empat kali. AUFA di dalam tiga surah dikaitkan Allah dengan kalimah Al-'Ahdu (perjanjian) yang membuatkan AUFA ini bermaksud berpegang setia dan bersifat sempurna pada janji. Manakala di tempat keempat kalimah AUFA pula adalah pada surah An-Najm ayat 41. Di sini Allah mendatangkan kalimah AUFA selepas Al-Jaza' (balasan). AUFA di sini membawa maksud kesempurnaan. Allah akan membalas setiap kebaikan di akhirat nanti dengan pembalasan atau ganjaran yang AUFA, yakni sempurna. FARHANA pula bermaksud keriangan dan kegembiraan. Ia menggambarkan kegembiraan kami dikurniaan puteri ini, juga keriangannya bertemu ummi dan walidnya. Moga semua manusia turut sama bergembira dengan kelahiran puteri kami ini.AUFA FARHANA, jadikanlah dirimu Sang Setia terhadap janji yang telah kamu meteraikan di alam roh tatkala Allah SWT bertanya kepadamu "Alastu bi rabbikum? (bukankah Aku ini tuhanmu)" dan kamu menjawab "Balaa (Ya)". Buatkanlah agar semua manusia gembira dan riang dengan kehadiranmu di dunia ini. Dan yang teramat penting, Allah dan Rasul-Nya bergembira ketika dirimu dijemput oleh-Nya kelak. Gembira dengan kesetiaan dan kesempurnaanmu wahai puteriku AUFA FARHANA.
Doakan kesejahteraan puteri ini di dunia dan di akhirat. Terima kasih atas doa kalian.
Alhamdulillah...















0 comments:
Post a Comment