Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Sunday, March 11, 2007

KEBAHAGIAAN...

· Boleh jadi di sebalik penderitaan yang anda hadapi terletak kebahagiaan yang anda impikan, sebab semakin besar penderitaan seseorang dalam berjuang untuk mendapatkan sesuatu, semakin tinggi pula tingkat kebahagiaan, jika sesuatu yang diinginkannya itu ia dapati. ( Zahid )

· Dalam mengejar kebahagiaan, orang mesti gagal agak sekali dalam hidupnya. Dengan kegagalan itu ia akan dapat mengetahui di mana letak kelemahan dirinya, gagal sekali tidak mengapa, yang susah ialah jatuh dua kali di tempat yang serupa. ( Zahid )

· Untuk mencapai bahagia berusahalah terus, kerana berjalan itu asal mulanya dari selangkah. Pohon beringin yang besar itu asalnya dari satu biji yang kecil, dan burung yang besar terbang di udara itu, asalnya dari sebiji telor. ( Hukamak )

· Dalam mendapatkan kebahagiaan janganlah cepat berputus asa, sebab nyawa ada rezeki, sebab ketahuilah, air susu ibu yang akan kita minum sudah tersedia sebelum kita lahir. Dan sebelum nenek moyang kita Adam a.s diciptakan Tuhan, bumi dan segala isinya telah disediakan Tuhan. ( Zahid )

· Kebahagiaan yang sejati tidak pernah kelihatan oleh mata, kerana kebahagiaan sejati itu terletak pada jiwa. ( Hukamak )

· Tercapainya kebahagiaan kalau telah ada empat perkara :

1. Yang akan dimakan telah tersedia,

2. Badan sentiasa sihat,

3. Hati selalu senang,

4. Rumahtangga sentiasa aman. ( Hukamak )

0 comments: