Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Sunday, November 26, 2006

One Liter Of Tears

Mungkin anda selalu menonton drama bersiri korea seperti Winter Sonata, Beautiful Life, Full House, dan selainnya. One Liter Of Tears juga adalah sebuah drama bersiri korea tapi ianya diadaptasikan dari kisah hidup seorang pesakit otak kecil yang bernama Aya.

Aya merupakan seorang pelajar yang baru berusia 15 tahun, dia seorang pelajar yang pandai serta aktif dalam persatuan dan sukan bola keranjang. Malangnya dia telah disahkan menghidap penyakit otak kecil.

Menurut kenyataan doktor " Otak manusia mempunyai 140 jenis saraf, dan juga mempunyai sel yang sepuluh kali ganda untuk menyokong sel urat saraf. Sel urat saraf itu tersebar di pusat dan bahagian akhir urat saraf. Pusat urat saraf pula tersebar di otak besar, otak tengah dan otak kecil dalam serebrum dan tulang belakang. Di antara yang membolehkan badan kita bergerak dengan bebas ialah otak kecil, serebrum dan tulang belakang. "

Otak kecil Aya semakin layu, dan ini memyebabkan badannya tidak dapat bergerak bebas atau dalam kata yang mudah dia tidak mampu bergerak sewenangnya. Dari hari ke hari kakinya akan mula lemah dan tidak mampu berjalan. Kemudian diikuti dengan percakapannya semakin lama semakin susah untuk bertutur. Seterusnya seluruh anggota badannya akan lemah. Dan penyakit yang Aya hidapi ini sehingga kini masih tiada cara mengubatinya.

Yang menariknya tentang drama ini bukanlah mengenai penyakit yang dihidapi Aya tetapi mengenai ketabahannya dalam mengharungi hari-harinya sebagai seorang pesakit yang satu hari nanti akan hanya terlantar di katil. Aya telah menghidapi penyakit ini selama 10 tahun dan meninggal dunia pada usia 25 tahun. Dan segala kisah hidupnya semasa dia mengharungi penyakit ini telah ditulis dalam diarinya. Diarinya telah diterbitkan dan dijual lebih dari 1.8 juta naskah dan telah memberi ketabahan kepada pesakit yang menghidap penyakit yang sama.

Tontonilah drama ini atau belikan diarinya, anda pasti mendapat satu kepuasan yang berlainan. :)

Antara kata-kata Kitou Aya dalam diarinya :

"Jangan terlalu memaksa. Jangan putus asa. Kerana semua orang jalan perlahan-lahan. Bukan diri yang susah. Tak kira ialah orang yang memahami atau tidak faham kedua belah juga amat kasihan. Guna bunga memggambarkan kehidupan saya. Di permulaan kemudian saya mahu menghargainya. Mak dalam hati saya, kamu selalu percayakan saya kelak mahu menyusahkan kamu lagi, maaf kerana selalu buat kamu risau. Kenapa penyakit selalu mengikut saya?Saya sukar terima semua ini adalah nasib. Saya ingin mencipta mesin masa untuk balik ke masa dulu. Jika tidak penyakit saya boleh bercinta. Saya betul ingin memeluk seseorang. Saya tidak akan cakap lagi, tidak dapat balik ke masa itu lagi. Saya mahu terima diri saya yang sekarang. Saya mahu terima saya yang terus hidup. Walaupun dilukai oleh pandangan saya masih tahu ada pandangan yang lembut. Jadi saya masih ingin tinggal di sini. Kerana sini baru milik saya. Walaupun terjatuh pun tak apa, berdiri balik. Semasa terjatuh angkat kepala dan lihat langit, langit masih senyum hari ini. Orang tidak boleh hidup di masa dulu hanya hidup di masa sekarang sudah boleh. Mak, bolehkan saya berkahwin?....(Terima kasih)"

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini, akhirnya berjaya juga saya menulisnya :)

3 comments:

Anonymous said...

nak datang copy!!!!

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Ellyeen ko lambat lah, aku baru je deleted...kalo nak juga aku leh carikkan..