Tibanya tahun 2011 dengan membawa perubahan pada kehidupan kami sekeluarga. Anak sulung saya, Ahmad Akhfash sudah mula bersekolah. Pastinya ia merupakan sesuatu yang baharu bagi kami. Perlu mengurus dan mengatur waktu dengan lebih tersusun.
Setelah berbulan-bulan saya memikirkan ke mana Akhfash ingin disekolahkan, akhirnya dua hari sebelum sekolah bermula saya nekad membuat keputusan. PASTI merupakan pilihan pertama dan utama yang saya fikirkan sejak awal. Tetapi atas beberapa faktor, saya memaksakan diri untuk mencuba kelainan pada anak pertama saya ini. Alhamdulillah, Akhfash selamat mendaftar di Tadika Islam Al-Amin, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Sukar sungguh menyusun waktu tidur Akhfash yang sudah biasa tidur lewat malam. Tambahan tinggal bersama keluarga saya yang agak besar bilangannya. Dipaksa tidur tetapi suasana diluar kamar masih terang dan riuh. Kebiasaan saya keluar rumah seawal jam tujuh pagi, pulang sebentar jam enam petang dan terus menuju ke surau atau masjid untuk pengisian. Biasa saya tiba di rumah jam 10 malam, kadang jejak 11-12 malam. Waktu berbaki sebelum tidur adalah waktu saya bersama isteri dan anak-anak. Ketika itulah mereka ingin mengadu, bergurau dan bermain bersama "walid"nya. Hanya waktu sedikit ini saya perlu gandakan untuk mereka tidak merasakan 'kehilangan' walid dalam setiap hari mereka.
Mulai 3 Januari 2011, waktu tiba saya di pejabat adalah 7.40 pagi atau lebih. Sebelum ini, saya biasa tiba sebelum jam 7.30 pagi. Menyiap dan menghantar Akhfash ke tadika mencuri sedikit waktu saya ke pejabat. Biarlah saya yang mengurus dan menghantarnya ke tadika. Besar sungguh harapan saya dan isteri pada anak sulung kami ini. Walaupun Akhfash antara yang terteruk menangis pada hari pertama persekolahannya, tambahan hanya saya 'bapa tunggal' yang menghantar anak ke Tadika Islam Al-Amin pada hari pertama. Alhamdulillah, Akhfash mudah disiapkan pada hari kedua sehingga sekarang, walau waktu tidurnya masih jejak jam 1 pagi.
Saya melihat Akhfash seorang yang cepat belajar. Memaham, menghafal dan mengingat sesuatu ke dalam mindanya dengan baik. Cuma perlu lebih perhatian terhadap pengaruh negatif di persekitaran dan luaran.
Ahmad Akhfash bin Luqmanul Hakim, jadilah kamu yang terbaik!
Setelah berbulan-bulan saya memikirkan ke mana Akhfash ingin disekolahkan, akhirnya dua hari sebelum sekolah bermula saya nekad membuat keputusan. PASTI merupakan pilihan pertama dan utama yang saya fikirkan sejak awal. Tetapi atas beberapa faktor, saya memaksakan diri untuk mencuba kelainan pada anak pertama saya ini. Alhamdulillah, Akhfash selamat mendaftar di Tadika Islam Al-Amin, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Akhfash pada hari pertama persekolahan
Dengan kos pendaftaran sebanyak RM760, pastinya menjadi sedikit keberatan pada diri saya yang isteri hanya suri rumah. Tambahan bayaran tetap bulanan kereta dan rumah. Baru bekerja selama setahun membuatkan simpanan terlalu sedikit untuk perbelanjaan luar jangka. Tetapi bak kata Ustaz Hasrizal Jamil, "pendidikan anak-anak jangan ditolak ansurkan". Saya sangat bersyukur kerana kerap kali rezeki saya datang tanpa diduga.Sukar sungguh menyusun waktu tidur Akhfash yang sudah biasa tidur lewat malam. Tambahan tinggal bersama keluarga saya yang agak besar bilangannya. Dipaksa tidur tetapi suasana diluar kamar masih terang dan riuh. Kebiasaan saya keluar rumah seawal jam tujuh pagi, pulang sebentar jam enam petang dan terus menuju ke surau atau masjid untuk pengisian. Biasa saya tiba di rumah jam 10 malam, kadang jejak 11-12 malam. Waktu berbaki sebelum tidur adalah waktu saya bersama isteri dan anak-anak. Ketika itulah mereka ingin mengadu, bergurau dan bermain bersama "walid"nya. Hanya waktu sedikit ini saya perlu gandakan untuk mereka tidak merasakan 'kehilangan' walid dalam setiap hari mereka.
Mulai 3 Januari 2011, waktu tiba saya di pejabat adalah 7.40 pagi atau lebih. Sebelum ini, saya biasa tiba sebelum jam 7.30 pagi. Menyiap dan menghantar Akhfash ke tadika mencuri sedikit waktu saya ke pejabat. Biarlah saya yang mengurus dan menghantarnya ke tadika. Besar sungguh harapan saya dan isteri pada anak sulung kami ini. Walaupun Akhfash antara yang terteruk menangis pada hari pertama persekolahannya, tambahan hanya saya 'bapa tunggal' yang menghantar anak ke Tadika Islam Al-Amin pada hari pertama. Alhamdulillah, Akhfash mudah disiapkan pada hari kedua sehingga sekarang, walau waktu tidurnya masih jejak jam 1 pagi.
Saya melihat Akhfash seorang yang cepat belajar. Memaham, menghafal dan mengingat sesuatu ke dalam mindanya dengan baik. Cuma perlu lebih perhatian terhadap pengaruh negatif di persekitaran dan luaran.
Ahmad Akhfash bin Luqmanul Hakim, jadilah kamu yang terbaik!

















0 comments:
Post a Comment