Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepada ku: 'Hai anak ku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anak ku! Itulah perjalanan ku (sunnah ku), dan barangsiapa yang menyukai sunnah ku, maka dia telah menyukai ku, dan barangsiapa yang menyukai ku, dia akan berada dengan ku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah ku, ketika merata kerosakan pada ummat ku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnah ku dalam zaman kerosakan ummat ku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnah ku dalam masa perselisihan di antara ummat ku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnah ku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnah ku, maka dia dari golongan ku.
Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnah ku akan memasuki syurga!
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnah ku, maka dia telah mengasihi ku, dan siapa yang mengasihi ku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!
BN Jangan Jadi Lembu Dicucuk Hidung
-
*ULASAN PIRANE NS*
TAHNIAH buat BN dan PN kerana berjaya merampas Negeri Sembilan daripada
PH-BN? Mungkin ramai tidak sedar kejayaan BN itu merampas haknya...
1 day ago














0 comments:
Post a Comment