Akhfash.Com

SELAMATKAN AL-AQSA

Saturday, September 27, 2008

Pantun - Malas Sembahyang

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh
luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang

Wednesday, August 27, 2008

Bantu bayi tidur lena

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

mahiran.rosli@utusan.com.my

Bagi bayi, masa tidur adalah masa untuk minda dan tubuh badan mereka membesar. Adalah penting bagi bayi tidur tanpa gangguan pada waktu malam. Namun, banyak ibu bapa yang merungut bahawa bayinya sering tidak dapat tidur lena sehingga mereka terpaksa kerap bangun pada waktu malam.

Gangguan-gangguan yang kerap itu juga menyebabkan mereka berasa tertekan dan mengantuk pada keesokan hari sehingga sukar memberi tumpuan ketika di tempat kerja.

Hasil kajian tidur antarabangsa yang dijalankan oleh Johnson & Johnson dan Asia Pasific Paediatric Sleep Alliance (APPSA) akhir tahun lalu mendapati, di Malaysia, sebanyak 47 peratus atau hampir separuh daripada ibu-ibu yang terlibat dalam kajian ini tidak mempunyai rutin waktu tidur yang sama bagi kebanyakan malam.

Manakala, 45 peratus lagi berpendapat bahawa bayi mereka mempunyai masalah tidur dan 20 peratus ibu bapa melaporkan yang waktu untuk menidurkan bayi adalah sukar, serta hampir kesemua bayi dan kanak-kanak tidur bersama ibu bapa.

Justeru, Pakar Perunding Kanak-Kanak dan Pakar Paru-Paru Kanak-Kanak Hospital Serdang, Dr. Norrashidah Abdul Wahab menekankan pentingnya rutin waktu tidur yang tetap bagi membantu kanak-kanak mengenali waktu malam dan menetapkan sebagai masa untuk badan mereka berehat dan tidur.

“Rutin waktu tidur yang tetap adalah penting untuk membiasakan bayi supaya berehat dan tidur. Selain itu, untuk memaksimumkan kebaikan tidur iaitu membantu pembesaran mereka dari segi perkembangan sosial, kognitif dan fizikal.

“Kekurangan amalan rutin waktu tidur dan tidur yang baik dalam jangka panjang akan menjejaskan daya ingatan, kebolehan belajar dan kesihatan,’’ katanya ketika pelancaran Moms for Baby Bedtime sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

Melatih

Menurut Dr. Norrashidah, kebiasaan bayi baru lahir akan tidur selama 16 jam hingga 20 jam sehari.

“Apabila telah berusia dua hingga tiga bulan, tidurnya akan berkurangan antara 12 hingga 14 jam dan semakin usianya meningkat, maka waktu tidurnya akan terus berkurangan.
“Sehubungan itu, ibu bapa perlu melatih waktu tidur anak-anak supaya mereka mempunyai waktu yang tetap terutamanya pada malam hari,’’ katanya.

Tambah beliau, di Hospital Serdang, seseorang bayi yang tidak cukup tidur akan dirawat menggunakan kaedah Bears iaitu singkatan kepada bedtime (bila bayi tidur), excessive (bayi tidak cukup tidur, murung), awakening (sering terjaga dan lama untuk tidur kembali), regular bedtime (waktu tidur yang tetap) dan snoring (gejala yang biasa berlaku semasa kanak-kanak tidur).

“Penyebab-penyebab kepada tidak cukup tidur itu akan diteliti sebelum rawatan diberi kepada seseorang bayi dan kanak-kanak tersebut,’’ ujarnya.

Tambahnya, sebenarnya bayi yang kerap bangun untuk menyusu setiap sejam berada dalam fasa tidur walaupun boleh menggerakkan badan. Sebab itulah apabila dia mendapatkan apa yang dimahu, dengan segera dia akan tertidur. Tetapi yang memenatkan ialah ibu bapa yang bangun untuk menunaikan permintaannya,’’ katanya.

Sehubungan itu, sebagai membantu kepada permasalahan itu, Dr. Norrashidah mencadangkan supaya rutin 3-langkah waktu tidur yang telah dipraktikkan berjaya kepada anak kembarnya semasa bayi dahulu (kini berusia 17 tahun) digunapakai bagi mengatasi masalah kekerapan bangun daripada tidur dan sekali gus mengurangkan kepenatan untuk ibu bapa.

“Kaedahnya mudah iaitu mandian air suam atau mengelap bayi dengan kain lembap yang suam, kemudiannya dengan urutan lembut untuk merehatkan bayi dan diakhiri dengan aktiviti waktu tidur yang sunyi seperti menyanyi, bercerita atau bercakap dengan perlahan untuk memudahkannya untuk tidur.

“Mandikan dengan air suam selama lima minit. Gunakan losyen dan urutkan bayi selama dua minit. Mulakan dengan bahagian badan, tangan, kaki dan tapak kaki. Ia bukan sahaja merehatkan bayi tetapi tanda belaian kasih sayang seorang ibu setelah seharian meninggalkan bayi kerana bekerja,’’ ujarnya.

Bahkan Johnson & Johnson dengan sokongan daripada pakar pediatrik daripada APPSA, kata beliau, turut menunjukkan bahawa amalan rutin 3-langkah waktu tidur dengan rangkaian Bedtime Johnson’s Baby semasa mandi dan urut telah meningkatkan tidur bayi dengan keputusan yang menakjubkan.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Profesional, Johnson & Johnson Asia Pasifik, How Ti Hwei mengakui keberkesanan rutin itu memberitahu, hasil kajian klinikal tersebut menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak yang menjalani rutin 3-langkah akan tidur 37 peratus lebih cepat, 49 peratus kurang terjaga dan 23 peratus tidur yang lama.

“Kajian ini juga menunjukkan keletihan ibu-ibu juga turun sebanyak 59 peratus,’’ katanya.
Menurut Ti Hwei, kajian yang dilakukan ini bukan sahaja melibatkan ibu-ibu di negara ini, malah 30,000 orang ibu di 17 buah negara termasuk Amerika Utara, United Kingdom dan Asia Pasifik yang mempunyai anak berusia dari 0 hingga 36 bulan.

Sehubungan itu, ibu-ibu yang inginkan bayi mereka mendapat tidur yang lena, sebaiknya amalkan rutin tersebut.

Dr. Norrashidah turut menyambung perbincangan mengenai bayi dan anak yang tidur sama bilik dengan ibu bapa.

Ini adalah keadaan biasa yang berlaku terutama bagi kanak-kanak di negara ini. Malah, laporan turut menunjukkan bahawa di kalangan negara Asia, sebanyak 86 peratus bayi tidur bersama ibu bapanya. Di Malaysia sahaja 84 peratus, manakala negara Barat (35 peratus).
Katanya, tidak salah bayi dan kanak-kanak tidur sebilik tetapi tidak sekatil dengan ibu bapa bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

“Mereka digalakkan untuk menyediakan sebuah katil seperti babycoat atau katil kanak-kanak di sebelah,’’ menurutnya di akhir pertemuan.

Thursday, August 07, 2008

FITRAH MENJADI FITNAH


Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita. Sekarang nikmatilah tazkirah ini.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah.Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.

Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hamba-NYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa
peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.

Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.

Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan Pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta? Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!.

Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, " Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hamba-NYA.

Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga, tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH...!!!!

Akhfash ditahnik oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Katani
Islam telah memberikan perhatian yang besar dalam rangka menjaga anak anak dan ibu-ibu dalam setiap tahapannya dengan perhatian yang demikian tinggi yang tidak tertandingi oleh apa yang sudah dilakukan oleh PBB dan organisasi HAM dan WHO sekalipun.
Dalam Islam, anak tidak hanya dipelihara sejak setelah lahir semata, bahkan bahkan sejak seseorang berfikir akan menikah!!! Nabi saw telah bersabda agar kita memilih pasangan atau isteri yang shalihah (baik). Islam telah memberikan perhatian yang besar untuk keselamatan keturunan dan anggota keluarga agar menjadi kuat, tidak hanya secara akhlaq, bahkan dalam hal genetika tubuh dan kejiwaan. Pemeliharaan ini terus berjalan sampai mencapai masa kehamilan dan ketika hendak melahirkan, melahirkan, menyusui, dan tahapan pendidikan, serta perkembangan berikutnya. Diantara bukti perhatian Islam terhadap anak pada masa kelahiran adalah masalah Tahnik.

Sejumlah hadits tentang tahnik

Imam Bukhari dalam Shahih-nya men-takhrij hadits dari Asma’ binti Abi Bakr
Dari Asma’ binti Abu Bakr -semoga Allah meridhai keduanya- bahwa dirinya ketika sedang mengandung Abdullah ibn Zubair di Mekah mengatakan, “Saya keluar dan aku sempurna hamilku 9 bulan, lalu aku dating ke madinah, aku turun di Quba’ dan aku melahirkan di sana, lalu aku pun mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, maka beliau Shalallaahu alaihi wasalam menaruh Abdullah ibn Zubair di dalam kamarnya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam meminta kurma lalu mengunyahnya, kemudian beliau Shalallaahu alaihi wasalam memasukkan kurma yang sudah lumat itu ke dalam mulut Abdullah ibn Zubair. Dan itu adalah makanan yang pertama kali masuk ke mulutnya melalu Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, kemudianbeliau men-tahnik-nya, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam pun mendo’akannya dan mendoakan keberkahan kepadanya.

Dalam shahihain -Shahih Bukhari dan Muslim- dari Abu Musa Al-Asy’ariy, “Anakku lahir, lalu aku membawa dan mendatangi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam, lalu beliau Shalallaahu alaihi wasalam memberinya nama Ibrahim dan kemudian men-tahnik-nya dengan kurma.” dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan: “maka beliau SAW mendoakan kebaikan dan memdoakan keberkahan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku.”

Penjelasan Ilmiah
Sesungguhnya kandungan zat gula “glukosa” dalam darah bayi yang baru lahir adalah sangat kecil, dan jika bayi yang lahir beratnya lebih kecil maka semakinkecil pula kandungan zat gula dalam darahnya.

Oleh kerana itu, bayi prematur (lahir sebelum dewasa), beratnya kurang dari 2,5 kg, maka kandungan zat gulanya sangat kecil sekali, dimana pada sebagian kasus malah kurang dari 20 mg/100ml darah. Adapun anak yang lahir dengan berat badan di atas 2,5 kg maka kadar gula dalam darahnya biasanya di atas 30 mg/100 ml.

Kadar semacam ini berarti (20 atau 30 mg/100 ml darah) merupakan keadaan bahaya dalam ukuran kadar gula dalam darah. Hal ini bisa menyebabkan terjadinya berbagai penyakit:
1. Bayi menolak untuk menyusui;
2. Otot-otot melemas;
3. Berhenti secara terus-menerus aktivitas pernafasan dan kulit bayi menjadi kebiruan;
4. Kontraksi atau kejang-kejang;
Dan terkadang bisa juga menyebabkan sejumlah penyakit yang berbahaya dan lama, seperti:

1. Insomnia;
2. Lemah otak;
3. Gangguan syaraf;
4. Gangguan pendengaran, penglihatan, atau keduanya;

Kejang-kejang secara berkepanjangan dan kronis.Apabila hal-hal di atas tidak segera ditanggulangi atau diobati maka bisa menyebabkan kematian. Padahal obat untuk itu adalah sangat mudah, yaitu memberikan zat gula yang berbentuk glukosa melalui infus, baik lewat mulut, maupun pembuluh darah.
Pembahasan
Sesungguhnya perbuatan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam men-tahnik bayi-bayi yang baru lahir dengan kurma setelah dilumatkan dan kemudian memasukkannya ke mulut bayi, kemudian men-tahnik-nya (mengolehkan lumatan kurma di langit-langit mulut) adalah memiliki hikmah yang agung. Sebab, kurma memiliki kandungan gula “glukosa” dalam jumlah yang banyak, khususnya setelah dilumatkan dimulut sehingga bercampur dengan air liur, diman air liur mengandungs ejumlah enzim khusus yangbisa mengubah glukosa menjadi gula asal. Air liur juga bisa melumatkan zat-zat gula. Sehingga bayi yang baru lahir bias mencerna kurma lembut itu dengan baik.

Dan kerana mayoritas atau bahkan semua bayi membutuhkan zat gula dalam bentuk “glukosa” seketika setelah lahir, maka memberikan kurma yang sudah dilumat bias menjauhkan sang bayi -dengan izin Allah Subhannahu wa Ta’ala - dari kekurangan kadar gula yang berlipat-lipat.
Sesungguhnya disunnahkannya tahnik kepada bayi adalah obat sekaligus tindakan preventif yang memiliki fungsi penting yang sangat, dan ini adalah mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis dimana sejarah kemanusiaan tidak pernah mengetahui hal itu sebelumnya, bahkan kini manusia tahu bahayanya kekurangan kadar glukosa dalam darah bayi.

Dan sesungguhnya bayi yang baru lahir, apalagi jika lahir premature, tanpa diragukan lagi sangat membutuhkan solusi cepat, yaitu memberikan zat gula. Dan rumah sakit-rumah sakit pun kini memberikan kepada bayi dan anak-anak glukosa agar dihisap oleh sang bayi atau anak kecil langsung setelah lahir, kemudian baru setelah itu, mulailah sang ibu menyusuinya.

Sesungguhnya hadits-hadits Nabi Shalallaahu alaihi wasalam yang mulia yang berkenaan dengan tahnik menjadi pintu pembuka cakrawala pengetahuan dunia dalam hal menjaga dan merawat anak atau bayi, khususnya bayi lahir premature.

Prematur adalah diantara penyakit yang sangat berbahaya, karena sang bayi memiliki kandungan kadar gula glukosa yang sangat kecil dalam darahnya. Jika diberikan kepadanya zat gula yang siap diserap olehnya, maka itu adalah solusi yang terbaik dan selamat dalam keadaan darurat semacam ini. Tahnik kurma juga sekaligus menjadi mukjizat kenabian Muhammad Shalallaahu alaihi wasalam secara medis, padahal hal itu tidak pernah diketahui sebelumnya, baik pada zaman beliau hidup ataupun pada zaman-zaman sekarang, kecuali setelah dilakukannya sejumlah penelitian pada abad 20-an ini.
Sumber: Makalah Dr. Muhammad ‘Ali Al-Bari, dalam Majalah Al-I’jaaz Al-Ilmiy No. 04. (Abm) www.alsofwah.or.id

بسم الله الرحمن الرحيم

Para perawi hadits berselisih pendapat tentang kehidupan Raihanah. Selain itu, tidak banyak riwayat yang menjelaskan isteri Rasulullah yang satu ini. Permasalahan berpusat pada data apakah Rasulullah membebaskannya kemudian menikahinya atau beliau hanya menjadikannya sebagai budak? Sebahagian riwayat mengatakan bahwa Raihanah termasuk salah seorang isteri beliau, namun riwayat lain mengatakan bahwa dia bukan isteri beliau.

Agar permalahannya jelas, berikut ini dipaparkan perjalanan hidup Raihanah. Di dalam Thabaqat yang diriwayatkan Ibnu Saad, dikatakan bahawa Raihanah sendiri berkata, “Ketika Bani Quraizhah ditawan, saya termasuk yang dihadapkan kepada Rasulullah. Beliau menyuruhku menyendiri kerana Rasulullah saw. memiliki hak sebagai pemilih pertama atas rampasan perang yang diperoleh kaum muslimin. Ketika aku menyendiri, Allah memberiku petunjuk. Beliau mengirimku ke rumah Ummul-Mundzir binti Qais untuk beberapa hari. Beliau mernanggilku dan rnenyuruhku duduk di hadapannya seraya berkata, ‘Jika engkau memilih Allah dan Rasul-Nya maka Rasul-Nya akan memilihmu untuk dirinya.’ Aku menjawab, ‘Aku telah memilih Allah dan Rasul-Nya.’ Ketika aku memeluk Islam, beliau membebaskan dan menikahiku. Kemudian beliau memberiku dua belas uqiyah dan satu nasya sebagaimana beliau berikan kepada isteri-isteri lainnya, kemudian melangsungkan pernikahan denganku di rumah Ummul-Mundzir. Beliau memberi bagian kepadaku sebagaimana terhadap isteri-isteri lainnya, dan beliau menyuruhku memakai hijab.”

Nama lengkap Raihanah adalah Raihanah binti Zaid bin Amru Khunaqah bin Syam’un bin Zaid dan Bani Nadhir. Suaminya, al-Hakam, berasal dan Bani Quraizhah. Di dalam kitab As-Samthust-Tsamin fii Manaqih Ummahatul-Mukminin (Perangkai Mutiara Berharga dalam Keunggulan Isteri-isteri Nabi), Ath-Thabari rneriwayatkan, “Muhammad bin Umar mengkhabarkan kepada kami bahawa Abdullah bin Ja’far bin Yazid ibnul-Haad mengkhabarkan kepada kami, dari Tsa’labah bin Abi Malik, ‘Raihanah binti Zaid bin Amru bin Khunaqah dari Bani Nadhir bersuamikan seseorang dari kalangan mereka yang bernama al-Hakam. Ketika Bani Quraizhah ditawan, Rasulullah rnenawannya, kemudian membebaskannya dan menikahinya hingga dia meninggal di sisinya.” Di dalam kitab ini pun disebutkan bahawa Muhammad bin Umar mengkhabarkan kepada karni, Shaleh bin Ja’far mengkhabarkan dari Muhammad bin Kaab, “Raihanah termasuk yang Allah bebaskan. Dia adalah wanita cantik dan menawan. Ketika suaminya terbunuh, dia berada dalam tawanan. Dia menjadi bagian Rasulullah pada hari penaklukan Bani Quraizhah. Rasululah saw. memberinya pilihan antara Islam dan tetap dalam agamanya, dan ternyata dia memilih Islam.
Rasulullah membebaskannya kemudian menikahi dan memberikannya hijab. Suatu waktu dia sangat cemburu kepada Rasulullah sehingga beliau menceraikannya. Akibat perceraiannya, dia tidak dapat tidur dan sangat bersedih. Rasulullah saw. menemui dan merujuknya kembali sehingga dia tetap bersama Rasulullah hingga meninggal dunia sebelum Rasulullah wafat.”

Di dalam riwayat lain dalam buku yang sama disebutkan bahwa Raihanah tidak termasuk isteri-isteri Rasulullah. Abdul Malik bin Sulaiman mengkhabarkan kepada kami, dari Ayyub bin Abdur-Rahman bin Sha’shaah, dari Ayyub bin Basyir al-Mu’awy, “Ketika Bani Quraizhah ditawan, Rasulullah saw. mengirim Raihanah ke rumah Salma binti Qais atau yang dikenal dengan sebutan Ummul-Mundzir. Dia tinggal bersamanya hingga datang haid sekali lalu suci dari haidnya itu. Ummul-Mundzir memberi kabar kepada Rasulullah. Beliau mendatanginya di rumah Ummul Mundzir, dan berkata, ‘Jika kamu suka, aku akan membebaskanmu lalu menikahimu, nescaya akan aku lakukan. Dan jika kamu suka, aku akan menjadikanmu sebagai budakku.’ Dia menjawab, ‘Ya Rasulullah, aku lebih suka menjadi budakmu. Hal itu lebih meringankan bagiku dan bagimu.’ Lalu dia tetap menjadi budak beliau dan digauli sebagai budak hingga akhir hayatnya.”

Demikianlah sekilas riwayat Raihanah binti Zaid bin Amru. Dalam hal kami (penulis buku) tidak terlalu menganalisis riwayat-riwayat yang lain, hanya saja kami sudah meyakini kesepakatan para perawi hadits tentang wafatnya Raihanah semasa hidup Nabi saw. Semoga Allah SWT mengasihi dan meredhainya. Amin.

(Dinukil dari buku Dzaujatur-Rasulullah SAW, karya Amru Yusuf, Penerbit Darus-Sa’abu, Riyadh, [ed. Indonesia: Istri Rasulullah, Contoh dan Teladan, penerjemah: Ghufron Hasan, penerbit Gema Insani Press, Cet. Ketiga, Jumadil Akhir 1420H)]